Menarik!!! - Bekas Pensyarah UIA Dilantik PM Turki
Bekas pensyarah UIA dilantik PM Turki WARTAWAN SINAR HARIAN 16 September 2014 AHMET Davutoglu bukan nama asing di Malaysia. Pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Turki pada 28 Ogos 2014 lalu sedikit sebanyak membanggakan Malaysia kerana beliau pernah bergelar pensyarah Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa. Bergelar Perdana Menteri Turki ke-26 beliau yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar pada 2009 berupaya memulihkan pengaruh serantau Turki dengan membina semula hubungan dengan Israel selepas serangan MV Mavi Marmara pada 2009. Jasa Perdana Menteri yang terkenal dengan sifat sederhana ini juga secara aktif terlibat dalam proses damai ketika perang saudara di Syria dan Libya. Beliau juga menyelesaikan beberapa isu pertikaian Cyprus dan terlibat secara langsung dalam konflik serangan Israel-Gaza baru-baru ini. Selain itu, beliau merupakan antara pemimpin dunia dengan lantang mengutuk kegiatan Negara Islam (IS) di Iraq. Sebelum menj...