Semakin Berleluasa! Jual Teman Wanita Kepada Teman-Teman Lelaki
Remaja Perempuan Dipaksa Lakukan Seks Dengan Individu Tidak Dikenali MELAKA: Seorang lagi remaja perempuan dari Masjid Tanah mendakwa dirinya hampir dijadikan pelacur oleh kenalan lelakinya. Insiden berkenaan berlaku hanya tiga minggu selepas seorang bapa merempuh masuk ke dalam sebuah rumah untuk menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjual dirinya sebagai hamba seks. Dalam laporan polis tersebut, remaja perempuan Tingkatan Dua itu mendakwa kenalan lelakinya mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur di Thailand sekiranya dia enggan melayan beberapa rakan lelakinya. Remaja tersebut mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 3 pagi 3 Ogos lalu, ketika dia sedang bersiar-siar di sebuah resort di Pengkalan Balak, Alor Gajah bersama-sama dengan kenalan lelakinya yang hanya dikenali dengan panggilan Gemok Gemok kemudiannya menyerahkan remaja berkenaan kepada tiga orang individu yang tidak dikenali. Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah lagi...