Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KOLEKSI UCAPAN PUAN IBU HATIJAH AAM

Ucapan Puan Ibu Hatijah Aam Di Majlis Perasmian Pejabat GISB HOLDINGS Sdn Bhd Pada 10 Muharam1435H

Menelusuri perintah Allah dan RasulNya atas nama Islam, rupa-rupanya adalah satu perjuangan yang wajib atau tidak boleh tidak oleh orang Islam! Maknanya orang Islam yang tidak memperjuangkan Al-Quran dan Hadis untuk membuatkan Allah dan Rasul ditakuti dan dirindui diseluruh dunia ialah orang-orang yang berdosa! Haram hukumnya! Mengapa? Sebab mengucap dua kalimah syahadah itu bermakna kita mengatakan kepada Allah dan RasulNya bahawa kita sedang  terlalu takut dan rindu pada keduanya! Maka kita pun tidak mampu lagi melupakan mereka! Kita pasti taat setaat-taatnya dan sentiasa terkenang-kenangkan kedua-duanya. Allah dan Rasul di hati bukan dimulut! Macamlah hati kita begitu mendalam rasanya kepada kedua ibubapa, anak-anak, isteri-isteri dan suami! Maka dengan Allah dan Rasul lebih-lebih lagilah! Rasa cinta begitu mencengkam di dada terhadap Tuhan dan Nabi yang kita yakini itu! Sungguh Allah dan Rasul itu pun sangat-sangatlah cinta dan rindukan kita pula! Keduanya tidak pernah tidak ...

Ucapan Puan Ibu Hatijah Aam Di Majlis Penjenamaan Semula YKPPM Di Menara Kuala Lumpur

Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah yang pada setiap saat melakukan kebajikan dan perkhidmatan kepada hamba-hambaMu tanpa letih dan jemu. Yang membuatkan hamba-hamba di Bumi hidup dalam keadaan saling memerlukan satu sama lain. Pemimpin dipandu bagaimana untuk melayani para pengikut. Para pengikut pula sanggup berkorban apa sahaja buat pemimpin mereka. Orang-orang kaya dibuatkan Allah begitu memerlukan golongan susah untuk menjadi pekerja-pekerja pelaksana kepada kekayaannya! Dan Allah memberi perkhidmatan kepada hamba-hamba yang pandai itu dengan menciptakan orang lemah atau bodoh untuk membolehkan si pandai melakukan perkhidmatan ilmu dan kepandaiannya di atas muka bumi. Wahai Tuhan, jadikanlah YKPPM ini mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami. Iaitu melakukan kebajikan dan perkhidmatan perubatan kepada hamba-hambaMu di mana, kebajikan itu menyelesaikan masalah kemiskinan dan kesusahan! Manakala perkhidmatan dan perubatan menyelesaikan...