Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KISAH MOTIVASI

Kisah Inspirasi Pasangan Kahwin Muda - Ajaibnya Apa Yang Mereka Capai! Apa Rahsianya?

Imej
Bila sebut tentang insan-insan yang berjaya pasti tergambar di fikiran kita seorang individu yang berusia lingkungan 40-50 tahun kerana diusia begitu baru mampu meraih pendapatan lumayan. Namun, tidak lagi kini. Senario orang muda bergelar jutawan bukan lagi asing terutamanya dalam bidang perniagaan. Kisah berjaya pasangan ini benar-benar mampu memberi inspirasi kepada kita semua agar terus mengejar impian untuk berjaya.  “Kami bernikah 4 tahun yang lepas pada tarikh 09.09.2011; kami berusia 23 tahun dan masih belajar di universiti. Ramai kawan-kawan dan orang luar sangkakan kami berdua anak orang kaya. Maklumlah, sudahlah berkahwin di usia muda; honeymoon pula di Italy selama 14 hari.  Apa yang mereka tidak tahu dan tak kisah mahu ambil tahu adalah; ibu bapa saya adalah guru bahasa di sekolah yang berdedikasi, ibu si dia adalah jurujual di butik jam tangan manakala bapa pula adalah seorang pemandu teksi. Siapa terkejut, angkat tangan.  Hehe!!...

Selama 13 Tahun Keluarga Ini Mengelilingi Dunia Tanpa Sesen Pun Duit

Imej
Sikap positif dan yakin diri yang kuat membolehkan satu keluarga mengembara mengelilingi dunia dengan cara mereka - tanpa ada wang. Dengan menggunakan kereta klasik Graham Paige keluaran tahun 1920, Herman dan Candelaria Zapp telah menempuh perjalanan mengelilingi dunia termasuk empat benua sejauh 231.700 km tanpa henti - melawat 44 negara dan telah menginap di lebih dari 2500 keluarga. Dalam penjelajahannya, pasangan tersebut membawa 4 anak mereka, Pampa (10), Tehue (7), Paloma (5), dan Wallaby (3). Perjalanan mereka bermula dari Argentina pada tahun 2000 dengan menggunakan kereta yang sudah berusia 85 tahun itu. Setelah kehabisan wang, mereka memutuskan untuk bergantung nasib pada kebaikan orang lain. Mereka beruntung ramai orang yang memberikan mereka tempat tinggal, makanan dan petrol. Pasangan itu menulis sebuah buku berjudul 'Spark your Dream' bercerita tentang pengalaman perjalanan mereka yang luar biasa. Dalam buku tersebut, mereka mengucapkan te...

Caliph Buskers : Perjalanan Seni

Imej
Kisah jalanan Caliph Buskers Oleh MOHD. IZUAN ROSELI KUMPULAN Caliph Buskers yang dianggotai oleh (dari kiri) Nirwan, Zaki, Azmi, Fendy dan Shahzmeen akan terus menyanyi di jalanan walaupun sudah popular di mata khalayak. “Kami menyanyi bukan kerana mahukan sanjungan, jauh sekali demi kemewahan harta-benda, kami hanya mahu menghiburkan hati semua orang, kerana dengan menghiburkan mereka, kami bahagia dan puas. Itulah nikmat yang lebih besar berbanding nikmat melihat,” ujar vokalis Caliph Buskers, Khairul Azmi Saat, pada pertemuan sulung dengan dengan penulis. Luahan daripada Khairul itu langsung tidak dijangka. Tanpa bertentang mata, riak daripada wajah tenang Azmi memancarkan keikhlasan. Sepanjang bicaranya, berkali-kali Azmi memberi penekanan, biarpun nama sudah menjadi sebutan, mereka akan tetap kembali menyanyi di jalanan. “Walaupun kini semua mata melihat kepada Caliph Buskers, kami tidak akan sesekali berhenti bermain di jalanan. Jiwa kami di sana, menghibur...

Minyak Naik? - Baca Kisah Anak Muda Kerja 'Carwash' Yang Jadi Jutawan

Imej
Kehidupan hari ini sememangnya semakin mencabar. Harga minyak yang semakin mahal akibat pengurangan subsidi oleh kerajaan, ditambah pula ramai yang berpendapat gaji RM2500 tidak lagi cukup untuk menampung sara hidup masa kini. Banyak kali mereka yang telah berjaya berkata, fokus dan fikirkan pada penyelesaian bagi setiap masalah. Usah fokus pada masalah itu sendiri. Kami ingin bawakan coretan dari Tuan Faizul Ridzuan ini untuk tatapan anda. Harapan kami agar kisah ini dapat memberi inspirasi dan membuka minda anda agar kekal positif dan bersemangat. _________________________________ Baru-baru ni saya memberikan pandangan saya berkenaan kenaikan harga minyak dan kenapa kita tak patut komplen terutamanya jika kita ada pembaziran dalam perkara lain. Ada yang suka dengan pendapat saya, ada yang benci dan berpendapat yang saya ni lupa diri sebab saya ni orang senang yang tak memahami kehidupan orang lain yang susah. Jadi saya nak kongsikan sedikit kisah hidup say...

Kisah Motivasi - Kejayaan Luar Biasa Seorang Ibu Dalam Bisnes Teksi - Inspirasi Dari "Kisah Burung Biru"

Imej
Jika sesiapa pernah ke Jakarta dan mendapatkan khidmat Teksi (Taksi dalam Bahasa Indonesia), pastilah dia akan terdorong menggunakan khidmat Teksi Blue Bird. Khabarnya Teksi Blue Bird merupakan satu jenama syarikat perkhidmatan teksi yang unggul di Indonesia.  Dengan jumlah penumpang melebihi 8 juta orang sehari, 35,000 orang pemandunya yang sangat prihatin dan sangat dipercayai, syarikat ini mendominasi pasaran seluruhnya. Khabarnya jika seseorang anak gadis menaiki bas ke satu-satu tempat dan tiada sesiapa di kalangan keluarganya yang menunggu di stesen bas, maka ibubapa sigadis akan mempercayai Teksi Blue Bird untuk menghantarnya ke mana sahaja!!  Bacalah kisah inspirasi ini sebagai penguat hati kita dalam memulakan sesuatu perkara yang besar di dalam hidup kita.  CERITA SINGKAT BERDIRINYA TAKSI BLUE BIRD    PEREMPUAN PEJUANG DARI MALANG, INDONESIA Mutiara Siti Fatimah Djokosoetono (Bu Djoko) dilahirkan di Malang pada 17 Oktober 1921. Berasal ...