Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MYANMAR - KISAH MUSLIM BURMA / ROHINGYA

Rohingya: Mereka Kena Rogol, Pukul Sampai Mati Dalam Kem

Imej
ALOR SETAR: “Dalam fikiran saya hanya ada satu sahaja – mati. Saya hanya mahu mati kerana mati lebih senang daripada hidup,” menurut seorang pendatang Rohingya yang berjaya melarikan diri dari kem transit di Wang Kelian. Bercakap secara eksklusif kepada Bernama semalam, Nurul Amin Nobi Hussein (lelaki), 25, berkata, sepanjang dua bulan penahanannya di kem transit di Wang Kelian itu, beliau hilang segala harapan untuk hidup dan hanya memikirkan tentang kematian. “Sepanjang dua bulan di dalam kem transit itu tahun lepas, saya dikurung seperti kambing dan ayam dalam kandang dan setiap masa dikelilingi oleh kematian. Setiap hari lima hingga enam orang daripada kami menemui ajal sama ada disebabkan penyakit atau dipukul dan ditembak,” katanya. Menurutnya, pendatang Rohingya bersesak-sesak di dalam apa yang disifatkan sebagai ‘reban’ kecil yang menempatkan sehingga 200 hingga 300 orang, dengan lelaki dan wanita diasingkan reban mereka. Antara lima hingga enam pengawal y...

Kejam! Rakaman Lelaki Islam Dibakar Hidup-Hidup Di Myanmar

Imej
Kenapakah wujud manusia yang kejam, bermusuhan dan saling berbunuhan antara satu sama lain? Kes terbaru ini berlaku di Myanmar di mana aktiviti perbersihan etnik besar-besaran pada abad ini sedang berlaku, dengan kekejaman tahap maksima dilakukan terhadap etnik Rohingya yang beragama ISLAM. Seorang lelaki Islam baru-baru ini dibakar hidup-hidup tanpa sebarang belas kasihan dan bantuan! Polis pula hanya memerhati tanpa menghalang perlakuan kejam ini. Penjenayah Kemanusiaan Pertubuhan hak asasi kemanusiaan mendedahkan satu rakaman video amatur anggota polis yang memaparkan tindakan sekumpulan penduduk tempatan membakar seorang lelaki Islam semasa rusuhan etnik di bandar Meiktila, Myanmar, bulan lalu. Video berkenaan membabitkan pertempuran sekumpulan lelaki dikenali sebagai Skuad 969 dengan masyarakat Islam yang menjadi punca kepada kematian 43 orang. Satu rakaman yang didedahkan ke dalam internet menunjukkan mangsa seorang Islam berguling di sekitar jalan raya sele...