Jangan Musafir Seorang Diri Di Hatyai
Secara umum negara Thai dikenali sebagai tempat hiburan yang menyediakan segala-galanya. Pelacur, arak, judi dan segala yang bernama dosa besar yang dilaknat Tuhan wujud di negara gajah putih itu. Maksiat dan kejahatan sebenarnya wujud di mana-mana adanya manusia. Soalnya bagaimana seseorang yang beriman dan mempunyai rasa takut Allah mengendalikan permusafirannya melepasi negara sebegini. Thailand adalah negara pelancongan. Produk pelancongan terlalu banyak. Halal haram bukan persoalannya kerana apa sahaja yang boleh di'niagakan' akan wujud secara sah di negara itu. Sesiapa sahaja perlu mengatur perjalanannya agar terpelihara imannya dari hasutan syaitan dan nafsu. Bukan mudah melepasinya jika calang-calang keyakinan dengan Tuhan. Pelacur di sana sangat kreatif dalam menggoda. Jangan cuba-cuba. Sebaik-baik musafir ialah secara berkumpulan. Berjemaah itu rahmat. Bila beramai-ramai, kenderaan dari Malaysia boleh dibawa masuk melepasi sempadan den...