Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ROMBAKAN KABINET

Wajah-Wajah Sedih Susulan Rombakan Menteri Kabinet Semalam..

Imej
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing melahirkan rasa sedihnya susulan rombakan kecil kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mendakwa formula perdana menteri dalam memberikan jawatan menteri itu “tidak mencerminkan kekuatan parti komponen”. Presiden salah satu parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) di negeri Malaysia Timur itu berkata, peruntukan portfolio menteri yang diberikan semalam juga mengabaikan sumbangan Dayak terhadap kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). PRS pada masa ini adalah parti kedua terbesar dalam gabungan empat parti BN Sarawak. Masing berkata, walaupun beliau senang dengan kemasukan semula MCA dalam kabinet, beliau bagaimanapun kecewa kerana permintaan partinya unauk mendapatkan jawatan timbalan menteri tidak diendahkan.   “Perdana menteri tahu kehendak PRS. Saya sudah menulis surat kepadanya. Saya akan mengingatkan beliau lagi,” kata Masing yang juga menteri pembangunan tanah Sarawak, ketika diminta mengulas...

Tidak Ada Kejutan Dalam Penyusunan Kabinet Yang Terkini

Imej
Kredit Untuk Sumber - MalaysiaKini Liow, Mah, Wee dilantik menteri penuh   Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penstrukturan semula Kabinet seperti berikut: Datuk Seri Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan Datuk Wee Ka Siong - Menteri di JPM Datuk Mah Siew Keong - Menteri di JPM Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan Datin Chew Mei Fun - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat. Kesemua anggota baru jemaah menteri itu akan mengangkat sumpah jawatan pada hari Jumaat, katanya. Beliau tidak menyebut nama mana-mana anggota jemaah menteri yang digugurkan. "Saya berasa gembira kerana wakil MCA yang mewakili kaum Cina telah dapat kembali berada dalam Kabinet, begitu juga dengan wakil parti GERAKAN," katanya. Beliau juga yakin bahawa kemasukan anggota baru ke dalam Kabinet itu akan dalam "menterjemah akujanji kepada rakyat" seperti din...

Benarkah Tiga Menteri Dari UMNO Akan Digugurkan Dari Kabinet Najib?

Imej
Rombakan Kabinet yang dinanti-nantikan, akan dilakukan sebelum bermulanya bulan puasa, dijangka akan melihat dua menteri baharu dan memberi kesan kepada sehingga tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini. Sumber Putrajaya berkata, Perdana Menteri yang kembali semula selepas kejayaan lawatan beliau ke China, sedang meneliti butiran lebih terperinci mengenai perubahan itu yang pastinya akan melibatkan Presiden MCA dan Gerakan. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang akan diberikan kerusi dalam Kabinet. Dengan sambutan yang begitu baik diterima beliau sewaktu di China, dan potensi yang luas bagi perdagangan antara Malaysia dan China juga ada keperluan untuk mewujudkan perwakilan Cina dalam Kabinet. Najib juga dijangka akan mengisikan tiga jawatan timbalan menteri 'yang masih kosong' sejak pilihan raya umum lalu. Jawatan berkenaan adalah Kementerian Kewangan, Kementerian...