Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel GURU

Ilmu Kena Dipelajari Dengan Berguru

*Bolehkah belajar ilmu agama tanpa guru?* _"Diceritakan bahawa seorang lelaki membaca hadis Rasulullah ﷺ. Ianya menceritakan tentang Al Hayyatus Sauda'. Ular hitam adalah penawar bagi segala penyakit. Kemudian anaknya sakit, ditangkapnya ular hitam, direbus & diberi anaknya makan kemudian anaknya meninggal dunia. Selepas itu dia jumpa ulama. Wahai Sheikh, dalam hadis ini mengingatkan bahawa Al Hayyatus sauda (ular hitam) adalah penawar bagi segala penyakit. Saya beri anak saya air rebusan ular hitam tapi anak saya meninggal dunia. bagaimana boleh demikian? hadis sepatutnya betul. Maka ulama itu melihat hadis tersebut. Maka kata ulama hadis tersebut telah salah cetakannya kerana terlebih dakwat disitu. Ianya bukan Al Hayyatus Sauda' (ular hitam) tapi Al Habbatus Sauda' (jintan hitam). Huruf ba ( ﺑﺎ ) & ya ( ﻱ ) beza 1 titik sahaja. Tambah 1 titik, kefahamanya berbeza. Belajar ilmu agama perlulah berguru. Tidak boleh belajar berpandukan buku sahaja."_

Guru Meninggal Ketika Dendangkan Lagu Sempena Sambutan Hari guru

KARAK – Kemeriahan sambutan Hari Guru semalam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak berubah menjadi sedih apabila seorang guru meninggal dunia ketika mendendangkan sebuah lagu di hadapan murid-murid. Cinta Kristal nyanyian Rahim Mahroof, itulah dendangan terakhir yang dibawa seorang guru yang bernama Norilhal Ali Ilhal yang secara tiba-tiba rebah ke lantai dan disahkan telah meninggal dunia semasa beliau dibawa ke klinik berdekatan. Seorang sahabat yang juga merupakan guru di SMK Karak yang enggan dikenali berkata dirinya tidak menyangka Allahyarham pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya dan kehilangannya amat dirasai oleh guru-guru serta murid-murid di sekolah tersebut. Menurutnya, persembahan itu merupakan nyanyian pertama dan terakhir dipersembahkan di khalayak ramai. “Semalam saya melihat Cikgu Norilhal begitu gembira dan seronok menyambut Hari Guru. Paling saya tidak boleh lupa gelagat dirinya bermain dalam acara sukaneka. “Paling mengejutkan apab...