Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEMISKINAN YANG MULIA

Miskin Melarat Yang Hina VS Memilih Miskin Untuk Islam Dilihat Kaya Dan Berwibawa!!

Persoalan orang Islam dilihat miskin dan melarat adalah lumrah yang dapat dilihat di seluruh dunia. Di Mesir, Pakistan, Iraq, dan lain-lain negara Islam, kita boleh bertemu orang-orang susah merempat di tepi-tepi jalan. Di mesir, mereka malah beranak pinak di situ. Sudah menjadi pandangan biasa, golongan ini bergelempangan ratusan orang di sekitar Masjid Saiyidina Hussein dan Masjid Al-Azhar di Kota Kaherah.   Ulamak yang berjalan masuk keluar Universiti Al-Azhar pasti akan melintasi di celah-celah golongan yang merempat ini. Entah kenapa, hati mereka yang bertaraf 'ulama' itu sudah tidak sensitif dengan buruknya situasi yang ada di depan mata mereka. Tidak ada usaha yang mampu dibuat. Pak Lang - semasa di Mesir - kerap melalui kawasan tersebut. Mereka hidup dengan meminta sedekah. Kebiasaannya mereka agresif dalam mendesak kita memberi wang 'junaih' (Pound Mesir). Anak-anak yang masih kecil hidup membesar dalam keadaan sedemikian. Mereka tidak bersekolah sehingga...