Jilbab AzreenAzmi Taja Tudung Untuk GH
Sebenarnya ramai pengusaha industri kecil dan sederhana yang berminat menaja segala yang berkaitan Generasi Harapan. Mereka ingin jenama produk masing-masing muncul di media bersekali dengan liputan mengenai Generasi Harapan. Tentu berbaloi penajaan yang dibuat apabila jenama produk mereka juga dikenali dan terus dikenali dalam pasaran. Sayangnya untuk pelancaran hari ini, hanya beberapa pihak sahaja yang sempat mengambil peluang ini. Antaranya ialah Jilbab Ilal Jannah AzreenAzmi. Syarikat pengeluar produk jilbab eksklusif yang telah dipaten ini begitu cepat menghidu peluang keemasan sebegini. Pertemuan wakil Generasi Harapan dengan Puan Azreen Azmi dan suaminya di pejabat guaman mereka di Sri Hartamas berlangsung 2 malam lepas. Justeru pada petang ini, Fathiyah dan Mubarokah akan tampil dengan rekaan fesyen hebat dari Jilbab AzreenAzmi. Untuk pengetahuan, Puan Azreen Azmi dan suaminya adalah peguam yang mempunyai firma guaman mereka sendiri ...