Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PESAWAT GERMANWINGS

Nahas Germanwings: Andreas Lubitz Dilaporkan Pernah Jalani Rawatan Tekanan Jiwa

Imej
Juruterbang Germanwings, yang disyaki sengaja menghempaskan pesawat itu Selasa lalu, pernah menerima rawatan tekanan jiwa bagi kes kemurungan teruk enam tahun lalu, lapor akhbar Jerman. Andreas Lubitz, pembantu juruterbang berusia 27 tahun, yang bersendirian di kokpit pesawat Airbus A320 menghalang juruterbang daripada masuk sewaktu menjunamkan pesawat itu sebelum terhempas di pergunungan Alps di selatan Perancis. Akhbar Bild, yang dipetik agensi berita Reuters hari ini, melaporkan Lubitz menjalani rawatan psikiatri selama setahun setengah. Police have made a 'significant discovery' at the home of Andrew Lubitz #Germanwings http://t.co/u8rSwlkunc pic.twitter.com/khHRpuCWj3 — The Independent (@Independent) March 27, 2015 Dokumen-dokumen itu tentang rawatan itu akan diserahkan kepada penyiasat Perancis selepas disemak pihak berkuasa Jerman. Lubitz dilaporkan secara manual memulakan prosedur terbang menurun dan tidak memberi respons ketika juruterbang dan...

Dunia Semakin Ramai Orang Gila - Nahas Pesawat Germanwings

Imej
Patutlah Andreas Lubitz Sengaja Hempaskan Pesawat Germanwings.. Ini Puncanya? Patutlah Andreas Lubitz Sengaja Hempaskan Pesawat Germanwings.. Ini Puncanya .?Juruterbang Germanwings, yang disyaki sengaja menghempaskan pesawat itu Selasa lalu, pernah menerima rawatan tekanan jiwa bagi kes kemurungan teruk enam tahun lalu, lapor akhbar Jerman. Andreas Lubitz, pembantu juruterbang berusia 27 tahun, yang bersendirian di kokpit pesawat Airbus A320 menghalang juruterbang daripada masuk sewaktu menjunamkan pesawat itu sebelum terhempas di pergunungan Alps di selatan Perancis. Akhbar Bild, yang dipetik agensi berita Reuters hari ini, melaporkan Lubitz menjalani rawatan psikiatri selama setahun setengah. Police have made a 'significant discovery' at the home of Andrew Lubitz #Germanwings   http://t.co/u8rSwlkunc pic.twitter.com/khHRpuCWj3 — The Independent (@Independent)  March 27, 2015 Patutlah Andreas Lubitz Sengaja Hempaskan Pesawat Germanwings.. Ini Punc...

Kotak Hitam Pesawat Germanwings Yang Terhempas Sudah Ditemui

Imej
SEYNE-LES-ALPES : Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata satu daripada kotak hitam pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis sudah ditemui, lapor Reuters. Punca nahas belum diketahui. Pesawat jenis Airbus 320 yang dikendalikan syarikat penerbangan tambang murah Germanwing, anak syarikat Lufthansa, terhempas di selatan Perancis ketika dalam perjalanan dari Barcelona di Sepanyol ke Duesseldorf, Jerman. Pesawat itu dikatakan hilang dari skrin radar di wilayah Alpes de Hautes selepas menghantar isyarat kecemasan pada jam 10.47 pagi waktu tempatan (atau 9.47 waktu GMT).- The Rakyat Post/25/3/15

Nahas Pesawat Germanwings - Tiada Yang Terselamat

Imej
SEYNE-LES-ALPES: Polis Perancis mengesahkan tiada yang terselamat dalam nahas pesawat Germanwings dan menjangkakan usaha menyelamat mangsa akan mengambil masa beberapa hari kerana cerun gunung yang curam.   "Usaha untuk mengeluarkan mayat dan seterusnya bangkai pesawat itu tentu akan mengambil masa beberapa hari berikutan lokasi nahas di kawasan tanah tinggi," kata pegawai polis Jean-Paul Bloy. Setakat ini, pihak keselamatan juga belum mengesan teori mengenai punca nahas pesawat yang dalam perjalanan dari Barcelona, Sepanyol ke Duesseldorf, Jerman itu. Sementara itu, pihak berkuasa penerbangan Perancis berkata, juruterbang tidak membuat panggilan kecemasan dan hubungan radio terputus menyebabkan pesawat itu tiba-tiba hilang altitud selama lapan minit sebelum terhempas. Selain itu, Germanwings pula berkata, Penerbangan 4U 9525 itu membawa 144 penumpang, termasuk dua bayi dan enam anak kapal. Di kalangan penumpang itu juga membabitkan 67 warg...