Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PDRM - CAWANGAN KHAS

Kenali Cawangan Khas PDRM Dan Sumbangan Kepada Negara

Imej
Pendahuluan 1.Sejak penubuhannya pada tahun 1949, peranan Cawangan Khas terus berkembang dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan trend ancaman keselamatan negara masa kini. Justeru, Cawangan Khas sentiasa proaktif melaksanakan tanggungjawabnya bagi mengekalkan identiti sebagai sebuah badan perisikan utama negara. Menangani Elemen Pengganas 2. Sejak penubuhannya, Cawangan Khas telah memainkan peranan penting dalam menentang dan menyekat ancaman dari Parti Komunis Malaya (PKM) sehingga membawa kepada kekalahan dan pengunduran pengganas komunis pada tahun 1960. Usaha pembanterasan ini diteruskan sehingga ke peringkat akar umbi dan akhirnya membawa kepada perjanjian damai dan perletakan senjata oleh pengganas komunis pada 2 Disember 1989. Selain pembanterasan elemen pengganas komunis di Semenanjung Malaysia, ancaman komunis di Sarawak juga berjaya ditumpaskan sehingga membawa kepada penyerahan diri 52 orang saki baki pengganas komunis dari Parti Komunis Kalimantan Utara (PKK...