Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POLITIK - PAS/UMNO

Benarkah PAS Semakin Mengecewakan? Baca Isu Keluarnya Tamrin Dari PAS!

Imej
Secara peribadi Pak Lang mengenali Tamrin Tun Ghafar. Beberapa kali pernah bertemu dengannya. Ketika beliau mengambil pendirian menyokong Pakatan Rakyat dan mendaftar sebagai ahli PAS, Pak Lang yakin, beliau tidak akan dapat bertahan lama di dalam PAS.  Tamrin adalah seorang 'diplomatik' walaupun tidak pernah menjadi diplomat. Beliau masak dengan sepak terajang politik sejak kecil. Kemampuan beliau ialah bertahan dengan pendiriannya walau apa pun berlaku. Prinsip beliau yang mahu melakukan yang terbaik untuk agama, bangsa dan tanahairnya mungkin tertanam melalui didikan bapanya Tun Ghafar.  Prinsip inilah yang mendorong beliau mendekati Pakatan Rakyat melalui PAS. Jiwa Islamnya adalah kesedaran yang dia sendiri rasakan setelah panjang perjalanan hidupnya. Justeru apabila beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan, beliau mengharapkan Islam sebagai penggerak perjuangannya benar-benar diimplementasikan di dalam PAS. Ternyata beliau kecewa.  Dengan keluarnya T...

Muzakarah Umno - Pas: Biarlah Jadi Kenyataan!!

Kesediaan Umno dan Pas untuk mengadakan perbincangan dan muzakarah sudah pasti disambut baik oleh mereka yang rindukan kepada kedamaian dan keharmonian. Apa lagi mereka yang mual dengan aksi politik keterlaluan sangat mengalu-alukannya. Perbincangan itu sudah pasti ia akan membuatkan hasil yang baik. Kalau ia tidak menyelesaikan semua masalah, tetapi setidak-tidaknya ia memberi peluang kedua-dua pihak mengenai hati budi masing-masing. Kata pepatah Arab kalau kamu tidak dapat semua kamu jangan buang semua. Walaupun skop perbincangan itu nanti luas tetapi seperti mana kata Perdana Menteri, Najib Razak peringkat permulaan ia akan terarah kepada Kelantan terlebih dahulu. Perbincangan ketua kerajaan persekutuan dengan ketua kerajaan negeri. Sebagai rakyat Kelantan yang memahami masalah di Kelantan akibat berbalut dengan politik ekstream dengan ideologi masing-masing saya kira ia tidak memberi kebaikan kepada Kelantan. Kekucahan di antara kedua parti itu Pas dan Umno kerana tiada perb...