Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel AMERIKA DAN YAHUDI

NASA Jumpa Makhluk Bawah Tanah, Adakah Itu Yakjuj dan Makjuj?

Imej
WASHINGTON: Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam .. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka B...

Kekejaman CIA Dah Lama, AS Pura-pura Tak Tahu..

Imej
AFP - GAMBAR fail bertarikh 14 Ogos 2008 menunjukkan seorang lelaki berjalan melintasi lambang CIA di ibu pejabat agensi perisikan itu di Langley, Virginia, Amerika Syarikat. Senat dedah kekejaman CIA WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) melakukan kekejaman terhadap berpuluh-puluh suspek pengganas menggunakan taktik soal siasat yang me­nukar beberapa buah penjara rahsia Agensi Perisikan Pusat (CIA) menjadi tempat penyeksaan dan kesengsaraan. Kaedah soal siasat tersebut gagal menjadikan AS lebih selamat selepas serangan pengganas pada 11 September 2001, menurut satu jawatankuasa Senat. Jawatankuasa Perisikan Senat dalam laporannya, menuduh CIA berbohong kepada pemerintah berhubung aktiviti di penjara rahsia itu dan menipu rakyat AS bahawa taktik menyeksa tahanan berkesan dalam melin­dungi keselamatan negara. Laporan itu yang disiarkan kelmarin merupakan pendedahan umum pertama berhubung taktik soal siasat yang digunakan CIA selepas insiden 11 September. Ia antara lain me...

Roket Amerika Hanya Sempat "Bernafas" Enam Saat Sebelum Meletup

Imej
Roket Ke ISS Meletup 29 Oktober 2014  Antares meletup hanya enam saat sebaik ia dilancarkan pada pukul 6.22 petang waktu tempatan. CAPE CANAVERAL: Roket angkasa lepas komersial, Antares yang menghantar bekalan ke Pusat Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) meletup hanya enam saat sebaik dilancarkan, awal pagi Rabu. Kepulan asap dan api yang marak dapat dilihat dengan jelas sekitar Florida akibat letupan roket kargo Cygnus yang membawa muatan 2,267 kilogram bahan untuk kegunaan enam angkasawan yang tinggal di ISS. Senario sebelum Antares meletup di Wallops Island. Ia adalah perjalanan keempat membawa kapal angkasa Cygnus ke makmal orbit, roket itu melakukan perjalanan pertamanya setahun lalu. Roket angkasa Orbital Sciences Corp tanpa pemandu itu setinggi 14 tingkat bangunan itu meletup dan terbakar di kompleks pelancaran angkasa lepas Wallops Island, Virginia pada jam 6.22 petang waktu tempatan. Syarikat pemiliknya berkata, setakat ini tiada kecederaan...

Roket Amerika Meletup - Pertanda Amerika Semakin Jatuh

Imej
Roket misi penghantaran bekalan ke ISS meletup 29 Oktober 2014 VIRGINIA - AMERIKA SYARIKAT.  Sebuah roket milik Orbital Science Corporation, Antares yang membawa bekalan untuk Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) meletup enam saat selepas dilancarkan dari Wallops Flight Facility di Pulau Wallops, awal pagi tadi. Kejadian dilaporkan berlaku pada pada jam 6.22 petang (7.22 pagi waktu tempatan). Pelancaran ini merupakan misi penghantaran ketiga modul kargo Cygnus Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) membawa muatan seberat 5,000 paun berupa bekalan makanan, kajian saintifik dan pelbagai peralatan lain. Menurut jurucakap NASA, Jay Bolden kejadian ini disifatkan sebagai bencana anomali yang berpunca daripada kegagalan fungsi pelancaran, lapor Space Orbital. Kesan kerosakan dapat dilihat sehingga ke bahagian selatan pulau berkenaan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Bagaimanapun, Bolden menegaskan pasukan penyiasat terpaksa mengekalkan...

Penipuan wang kertas Amerika

Imej
Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi. China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika. Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika. China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya. Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat. Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika...