Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel AYAHANDA SYEIKH ABDUL RAHIM PFORDTEN

Kenapa Dikatakan Islam Agama Suci?

Islam Agama Suci. Allah swt berfirman bermaksud "Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan mencintai orang yang membersih/ mensucikan dirinya ( zahir batin ). Maksud hadith Rsaw: "Menjadi bersihlah kamu kerana Islam itu bersih." "Kebersihan itu sebahagian dari iman." "Bersuci itu pintu bagi ibadah." Hujjatul Islam Imam al Ghazali menukilkan didalam kitabnya ' 'Mau'izatul mukminin' (Bimbingan Mukmin), Barangsiapa menghendaki bertemu dengan Allah swt dengan selamat hendaklah ia menyempurnakan empat peringkat bersuci." Pertama: Bersuci badan, pakaian dan tempat tinggal dari najis, hadath, perkara2 cemar dan lebihan yang tidak diperlukan. Inilah kebersihan yang paling asas.  * Tempat tinggal (rumah dan persekitaran); bersih dari sampah sarap, semak samun, sarang lalat, sarang nyamuk, sarang tikus dan dari bau busuk. Hendaklah dalam keadaan bersih, kemas, rapi, tersusun, dihias cantik dan harum. (O...

Tahukah Anda Rupa-Rupanya Ada 5 Jenis Hidayah?

Allah swt berfirman maksudnya "Telah bertasbihlah (patuhlah) kepada Allah apa sahaja yang ada di langit dan di bumi dan Dialah  yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." as Sof ayat 1. Allah swt telah mencipta semesta alam dan dikurniakanNya hidayah tabie hingga segala-galanya berperanan sebagai mana yang Allah kehendaki. Segala cakrawala: bumi, bulan, planet-planet, matahari dan bintang-bintang berapungan di ruang angkasa tanpa tali dan tanpa tiang. Masing-masing berputar di atas paksinya dan beredar (rotate and orbit) didalam galaxy (buruj) masing-masing sambil berarak di dalam Bimasakti (Milkyway) yang luasnya tak bertepi (infinity).  Firman Allah bermaksud "Demi langit yang mengandungi gugusan bintang2". Dan FirmanNya lagi bermaksud; "Pada penciptaan langit dan bumi dan silih berganti nya malam dan siang terdapat tanda-tanda (menjadi bukti) kewujudan dan kekuasaan Allah bagi 'Ulil albab (orang2 yang mempunyai mata hati)."  Allah per...