Bulan Puasa Tapi Tak Tahan
Masuk dalam tandas masjid. kebetulan tandas masjid itu berdekatan dengan pagar bahagian depan. Mudah orang awam untuk menumpang menggunakan tandas tersebut. Waktu siang Ramadhan, bila teman masuk ke tandas untuk buang air - kesan makan moreh lepas terawikh - jamuan laksa yang pedas... Tiba-tiba dengar motorsikal masuk ke kawasan masjid dan berhenti di depan bangunan tandas. Seseorang kedengaran masuk ke dalam tandas di sebelah teman. Wah!! waktu siang Ramadhan, orang sebelah ni sedang menghisap rokok. Tak terdengar bunyi air atau sesuatu pertanda dia sedang buang air. Jelas orang itu hanya mahu melepas gian rokok dalam tandas. Fikiran teman ialah pasti orang itu muslim. Kalau bukan muslim tak akan datang guna tandas masjid. Dan kalau sekadar nak merokok. mereka boleh merokok bahkan makan di mana-mana pun. Sahlah orang sebelah itu ponteng puasa... Alahai, kena segera keluar. tak tahan bau asap rokok beracun!! Ketahuilah!! Jika anda merokok, a...