Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KESULTANAN MELAYU

Sultan Yang Mengasihi Ulama

Dulu Sultan-sultan di Tanah Melayu ini sangat mengasihi, menghormati dan membesarkan para ulama. Para ulama dijadikan tempat rujuk sekelian Baginda Raja-raja Melayu itu. Bahkan para sultan itu sendiri pun alim-alim dan warak orangnya seperti contoh Sultan Zainal Abidin di terengganu dan lain-lain.  Bila penjajah datang, institusi raja-raja melayu inilah yang di kucarkacirkan mereka. Berlakulah apa yang berlaku.  SULTAN YANG MENGASIHIULAMA Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH ANTARA sekian ramai sultan di dunia Melayu, terdapat beberapa orang sultan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti Islam. Ada yang mengasihi ulama, bahkan ada yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam. Ada juga yang menghasilkan karangan berupa risalah atau pun kitab. Sultan Sulaiman, Sultan Selangor Darul Ehsan dapat dikategorikan seorang sultan yang mengasihi ulama. Mengenainya dapat dibaca dalam riwayat Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, Syaikhul Islam Selangor, dalam Ruangan...

Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara

Imej
Nusantara merupakan wilayah yang merujuk kepada gugusan kepulauan Rumpun Melayu yang meliputi selatan Thailand, Semenanjung Malaysia, Borneo (Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan), seluruh Kepulauan Indoneisa termasuk Timor Leste dan seluruh Kepulauan Filipina. Perkataan “Nusa” sendiri dalam Bahasa Jawa beerti kepulauan. Sebelum kedatangan Islam ke Nusantara, telah wujud beberapa kerajaan di Nusantara seperti Majapahit, Srivijaya, Langkasuka, Pajajaran, Sailendra, Kutai dan sebagainya. Sebahagian besar raja-raja ini menganut agama Hindu dan sebahagian lain memeluk agama Buddha dan menganuti kepercayaan animisme. Tamadun Hindu-Buddha telah pun wujud di Nusantara sebelum kedatangan Islam. Hal ini dibuktikan sebagai pembinaan candi-candi seperti Candi Borbodur, Candi Prambanan dan Candi Lembah Bujang. Selain daripada itu, Bahasa Melayu yang merupakan yang paling dominan di Nusantara banyak dipengaruhi oleh Bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa yang digunakan pada kitab-kita...