Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POLITIK - SELANGOR

Sudah Sampai Masa Untuk Noh Omar Berundur!!

Ketika Pak Lang mengikuti program MB Selangor di Keramat, aura kepimpinannya jelas terserlah.  YAB Azmin Ali kelihatan mempunyai ketokohan seorang pemimpin muda yang dinamik dan mesra rakyat.  Pak Lang berkesempatan bertemu dengan beliau dan menerima respon yang positif. Pada Pak Lang, ianya jauh berbeza ketika bertemu dengan Tuan Guru Haji Hadi. Kita dapat rasakan seseorang pemimpin itu mahu dan bersedia melayan kita atau sebaliknya. YAB Azmin Ali mempunyai aura mesra rakyat dan masyarakat. Situasi ini tentulah menyukarkan UMNO / BN untuk menghadapi beliau di Selangor.  Pemimpin itu diukur dari keyakinan dan wawasan, kecekapan dan kekuatan jiwa serta kematangan tahan diuji. Semua ramuan ini ada pada YAB Azmin Ali.  Lawannya di Dewan Undangan Negeri Selangor - Noh Omar pula adalah seorang yang lemah dan sedang mengalami kejatuhan moral yang teruk. Walaupun Noh Omar cuba menggagahkan diri untuk survival politiknya, cakap dan tindak tanduknya menggambarka...

Isu Pertukaran MB Selangor Sudah Selesai Dengan Kenyataan Tan Sri Khalid

Imej
Isu menukarkan MB Selangor sudah dianggap selesai apabila Tan Sri Khalid membuat kenyataan terbuka mengenai hal ini. Beliau menyatakan bahawa beliau akan terus kekal memegang jawatan MB Selangor sehingga pilihanraya akan datang. Termanggu-manggulah semua yang sedang cicir liur untuk duduk di kerusi MB Selangor. Apa yang dihajat tidak kesampaian, malu pula yang dapat.   Kata Tan Sri Khalid, beliau mahu mengambil masa bagi menunaikan janji kepada rakyat Selangor, yang memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu. "Ini bulan Ramadhan. Saya dah nyatakan dulu yang saya mahu kekal sampai tamat penggal saya sepertimana saya janjikan kepada rakyat Selangor. "Saya telah mengangkat sumpah untuk menguruskan negeri ini sehingga pilihan raya akan datang," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco Selangor hari ini. Katanya lagi, beliau tidak gusar dengan tekanan ke atasnya agar berundur dari jawatan tersebut. "Saya dah biasa ...