Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEMALANGAN

Gambar 26 MAUT Bas Terbakar

Imej
Seramai 26 orang termasuk 24 pelancong dari china terbunuh sebagian besarnya hangus terbakar apabila bas yang mereka naiki untuk kelapangan terbang terbakar selepas terbabas merempuh besi penghadang lebuh raya tengah hari tadi. Bas berkenan membawa 24 pelancong lapan lelaki dan 16 wanita dari liaoning utara china yang melawat taiwan selama 8 hari dan kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk pulang ke china. Pemandu bas dan oemandu pelancong dari taiwan turut terbunuh dalam tragedi tersebut. Menurut polis bas itu terbakar sebelun ia merempuh penghadang namun kenyataan itu belum dapat di pastikan.

Berita Kemalangan Pelajar Malaysia Di Jordan Dalam Akhbar As Sabil Online

Imej
صحيفة السبيل الأحد 24 كانون الثاني 2016 13 ربیعالثانی 1437 وفاة ثلاث طالبات ماليزيات بحادث سير في المفرق  السبت, 23 كانون2/يناير 2016 10:22  السبيل - توفي ثلاث طالبات يحملن الجنسية الماليزية، وإصابة (4) آخرين بكسور وجروح ورضوض في مختلف أنحاء الجسم، السبت، حسب ما ذكرت مصادر إدارة الإعلام في المديرية العامة للدفاع المدني بان فرق الإنقاذ والإسعاف في مديرية دفاع مدني المفرق تعاملت مع حادث تصادم وقع ما بين مركبتين بمنطقة الاشرفية بمدينة المفرق. وأضافت ذات المصادر بان فرق الدفاع المدني تحركت على الفور لموقع الحادث، وقامت بتقديم الإسعافات الأولية اللازمة للمصابين، ونقلهم وإخلاء الوفيات إلى مستشفى المفرق الحكومي، وحالة المصابين العامة ما بين البالغة والمتوسطة  Salah satu komen: إنا لله وإنا إليه راجعون يرجى من المسؤولين معرفة أسباب الحادث والحوادث بصفة عامة والعمل على حلها.  يقول الفاروق عمر بن الخطاب رضي الله عنه : ( لو عثرت بغلة في العراق لسألني الله تعالى عنها لما لم تمهد لها الطريق يا عمر )

Tiga Pelajar Wanita Malaysia Yang Maut Nahas Di Jordan Sebenarnya Bersama Rombongan Ziarah Tempat Sejarah Nabi

Imej
Tiga pelajar warga Malaysia maut dalam nahas jalan raya di Jordan pada Sabtu. Education Malaysia Jordan dalam satu kenyataan di Facebook berkata, kemalangan berlaku semasa lima pelajar Universiti Mu’tah dalam perjalanan ke Mafraq untuk program Jaulah pada pagi Sabtu. Tambah kenyataan itu, dua lagi mangsa terselamat dan sedang dirawat di Hospital Mafraq. “Dukacita dimaklumkan bahawa telah berlaku kemalangan jalan raya pagi tadi melibatkan sebuah kereta dinaiki oleh pelajar Malaysia dengan warga jordan dalam perjalanan ke Mafraq untuk program Jaulah. “Kemalangan melibatkan lima pelajar dari Universiti Mu’tah. Tiga meninggal dunia manakala dua pelajar terselamat. Mangsa yang terselamat masih lagi dirawat di Hospital Mafraq,” menurut kenyataan itu pada Sabtu sambil menambah turut terlibat dalam kemalangan ialah warga Jordan. “Marilah sama-sama kita doakan semoga ketiga-tiga roh pelajar berkenaan ditempatkan dalam orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” tambah ken...

Tiga Pelajar Wanita Malaysia Maut Nahas Di Jordan

Tiga pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mu'tah, Jordan, maut, manakala dua lagi rakan mereka cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya  kira-kira jam 8.30 pagi waktu tempatan hari ini. Mereka yang terbunuh ialah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie, manakala yang cedera ialah Fatin Noor Syahirah Ramli dan Muhammad Izzam Hasif Anuwar.  Atase Pendidikan Education Malaysia Jordan, Kamarulzaman Mustappa, berkata pihaknya dengan Kedutaan Malaysia di Amman sudah memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai kemalangan itu.  "Kami sedang berusaha mendapatkan laporan polis berhubung kemalangan itu, namun ia tidak semudah di Malaysia kerana kami perlu berurusan dengan pihak mahkamah.  "Jenazah tiga pelajar yang meninggal dunia kini ditempatkan di Hospital Mafraq, manakala dua lagi yang cedera turut dirawat di hospital sama," katanya ketika dihubungi BH.  Kamarulzaman berkata, pihaknya dengan k...

Maklumat Terkini Nahas Helikopter - Ini Dia Aidana Baizeva Sebenarnya

Imej
Helikopter malang yang terhempas di Semenyih pada Sabtu lalu di mana mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain mendatangkan spekulasi berikutan kehadiran seorang penumpang wanita misteri yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. NST Online melaporkan beberapa rakan ekspatriat Kyrgyzstan itu, Arina Yusof, Mimi Esha dan Indira tampil untuk menceritakan latar belakang Aidana Baizieva. Meskipun keluarga dan rakan-rakan bersedih atas kehilangan itu, tetapi dalam masa sama terluka berikutan terdapat pihak yang memfitnah Aidana sebagai ‘pengiring’ golongan atasan yang dibayar menggunakan wang rakyat. Kata seorang rakan Aidana Baizieva atau lebih mesra dipanggil Dana merupakan rakan kepada salah seorang tetamu terhormat yang terkorban dalam insiden malang itu. “Dia merupakan seorang gadis yang cantik dan sesiapa yang bertemu dengannya, pasti terpesona dengan kecantikan yang dimilikinya. “Saya pula seorang yang tidak pandai berdik...

Identiti Wanita Nahas Helikopter Semenyih Sudah Dikenal Pasti?

Imej
Bapa Sendiri Dedah Misteri Aidana Baizieva Nahas Helikopter Semenyih, Misteri Aidana Baizieva Akhirnya Dirungkai. Ketika tersebar berita mengatakan anak perempuannya mungkin salah seorang penumpang dalam nahas helikopter di Semenyih, pada Sabtu, bapa mangsa, Aidana Baizievasukar mempercayainya. Itu adalah tragedi kedua menimpa keluarganya, selepas isterinya, ibu kepada Baizieva meninggal dunia dalam kemalangan keretapi pada 1998. Baizieva berusia 8 tahun ketika itu. Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov hari ini berkata kepada The Malaysian Insider, bapa kepada penumpang malang itu kini masih cuba menerima hakikat tragedi berkenaan. "Ya, kami maklumkan kepada keluarga di Kyrgyzstan... dia (bapanya) sudah dimaklumkan, tetapi sukar baginya menerima berita itu, sebaliknya percaya Baizieva masih hidup," katanya, yang enggan mendedahkan nama bapa mangsa itu. Katanya, kedutaan bekerjasama dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengen...

Perkembangan Terkini Nahas Helikopter Di Semenyih

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan keenam-enam jenazah yang terlibat dalam nahas helikopter petang ini akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira 9.30 malam ini.  Menteri dalam negeri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sudah tiba di kawasan nahas dan akan diberikan taklimat situasi semasa di tempat kejadian. "Pasukan forensik sudah berada di sini dan akan melihat jenazah berkenaan. Selepas pengesahan keenam-enam jenazah yang ditemukan itu akan di bawa ke bilik mayat Hospital KL.  "Di Hospital KL, pakar forensik sudah bersedia menunggu di sana untuk sekali lagi melakukan pengecaman, DNA dan prosedur pengenalpastian jenazah berkenaan," katanya ketika ditemui media di lokasi nahas malam ini.  Ditanya mengenai identiti mangsa yang terlibat, Zahid berkata: "Biar polis mendedahkan identiti selepas forensik mengesahkan."Beliau berkata ketua polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara yang perlu ...

Nahas Helikopter Di Semenyih

Imej
Portal Suara TV melaporkan, sekurang-kurangnya terdapat enam penumpang termasuk orang kenamaan (VIP) seperti Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis, ahli perniagaan Datuk Robert Tan dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias. Turut terbunuh juruterbang helikopter Kapten Cliff Fournier, pemilik Chempaka Aviation, Ajdiana Baiziera dan pengawal peribadi, yang dikenal pasti sebagai Raskan. Portal The Star Online melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Jamaludin terbunuh dalam nahas udara itu. Memetik sumber portal berita SuaraTV melaporkan helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB), dikatakan terbakar sebelum terhempas. Mangsa juga dikatakan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di Pekan, Pahang.  Helikopter itu dikatakan terbang ke Subang dari Kuantan. Bernama melaporkan jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima ...

12 Gambar Kemalangan Yang Pasti Sukar Di Tafsir Bagaimana Ianya Berlaku

Imej
SUMBER; DAIRISHARE

Berpantang Maut Sebelum Ajal - Walaupun Kereta Kemek Teruk Dihempap Lori Simen

Imej
Di Hangzhou, Zhejiang China, dua orang wanita terselamat walaupun kerena mereka remuk dihimpap sebuah lori simen. Kemalangan berlaku apabila lori dari arah bertentangan terbalik dan menghimpap kereta mereka.  Pemandu berjaya melepaskan diri dari kereta tetapi si penumpang terperangkap. Pihak bomba mengambil masa setengah jam bagi membebaskan beliau dari kereta yang remuk teruk. Beliau dilaporkan patah tulang tangan dan kaki tetapi ianya tidak serius. Ajal belum tiba. Masih boleh makan Bak Kut Teh selepas sihat kelak. Sumber Asian

Kes Kemurungan - Tubuh Wanita Hamil Berkecai Digilis Kereta Api

Imej
Di Malaysia sudah ramai yang mengalami kemurungan. Ini adalah satu cabang dari masalah mental. Akal gagal menangani kebuntuan atau kekusutan masalah. Buntu itulah yang menjadikan manusia lemah dan hilang motivasi untuk terus tabah serta berusaha. Sebenarnya manusia perlu dibina dengan jiwa yang kuat. Jiwa mesti dikuatkan dengan pergantungan hati dengan Allah swt. Hubungan hati hamba dengan penciptanya adalah faktor kekuatan sihamba. Tanpa terhubung, tiadalah kekuatan dalaman yang ampuh menenmpuh apa sahaja halangan dan cabaran.  Sedih membaca berita dan melihat gambar ini.... Ibu, Janin Berkecai [Harian Metro] Alor Setar: Seorang wanita yang sarat mengandung ditemui meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dengan anggota badannya terpisah, begitu juga janinnya, akibat dilanggar kereta api dalam kejadian berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang sarat...

Pelik Dan Ngeri - Berpuluh Kemalangan Maut Di Tempat Yang Sama!

Imej
KULIM – Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, namun bagaimana jika punca ia berlaku ‘selain daripada’ itu? Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian. Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari. Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi. Anggap kawasan puaka KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal sering berlaku. Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan ...