Cerita Di Sebalik Pembelian Instagram Oleh Mark Zuckerberg
Semua kita sudah maklum, Facebook telah membeli Instagram dengan nilai pemilikan sebanyak USD1 bilion. Ianya s atu angka yang mengejutkan dalam sejarah pemilikan syarikat teknologi maklumat. Instagram merupakan sebuah aplikasi perkongsian gambar yang dibangunkan oleh dua orang anak muda iaitu Kevin Systrom dan Mike Krieger. Antara isu sensasi mengenai Instagram adalah tempoh pembangunan syarikat ini sebelum dibeli oleh Facebook. 15 Bulan, 13 Pekerja, dan Nilai USD1 Bilion Kevin Systrom, usahawan yang berusia 27 tahun membangunkan syarikat Instagram bersama Mike Krieger pada bulan Oktober 2010. Dalam tempoh 15 bulan, syarikat ini hanya mempunyai 13 pekerja sahaja. Bermatlamat untuk menghasilkan sebuah aplikasi perkongsian gambar yang membuatkan penggunanya teruja untuk menggunakannya setiap hari, kini syarikat itu menjadi 100% milik Mark Zuckerberg dengan nilai melebihi 8 angka. Baru-baru ini juga, dikatakan jumlah pengguna Android yang muat turun aplikasi Insta...