Membongkar Siapa Snouck Hurgronje
Misi Ganas Snouck Hurgronje Pergi Ke Mekah Aceh/Betawi. MENGAPA Dikatakan Misi Ganas Bukan Islam Snouck Hurgronje? Ganas ada disepanjang zaman. Mengganas adalah merosakkan sesuatu, dan perosaknya disebut pengganas atau teroris. Dalam kes Christian Snouck Hurgronje atau lebih dikenali dengan nama Snouck Hurgronje ini, dia adalah orientalis terkemuka dari Belanda, Dia masuk Islam, belajar Islam bertujuan untuk memusnahkan agama Islam yang menjadi musuh tradisinya. Dia dilahirkan pada 8 Februari 1857 di Oosterhout, Belanda. Bapanya, J.J Snouck Hurgronje adalah seorang paderi dan pendeta Kristian Prostetan. Snouck Hurgronje melanjutkan pelajaran di Universiti Leiden pada tahun 1875 ketika berusia 18 tahun. Pada mulanya ia melanjutkan pelajaran dalam jurusan teologi namun menukar jurusan pengajiannya kepada jurusan Sastera Bahasa Arab, dan meraih gelaran doktor falsafah sastera Arab pada tahun 1880. Kelayakan sebagai doktor falsafah melayakkannya menjadi seorang ...