Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KONSEP PENDIDIKAN GISB / YKPPM

Perkembangan Pendidikan GISB Dalam Mematuhi Kehendak Fatwa

Hari ini Pak Lang ingin berbicara tentang pendidikan terutama dalam situasi GISB ingin sungguh-sungguh mengikut kehendak keputusan Fatwa. Dalam soal pendidikan, ramai ibubapa semakin berhati-hati dalam menyekolahkan anak-anak mereka. Ada yang sanggup menghantar anak jauh di negara luar semata-mata mengharapkan hasil pendidikan yang optimum bagi anak-anak mereka. Jika di dalam negeri usah dicerita. Sekolah-sekolah agama dan tahfiz berasrama penuh yang mempunyai reputasi tinggi menjadi rebutan dan pilihan. Di Selangor, Bahagian Pendikan JAIS menerima permohonan yang begitu banyak untuk mendapatkan tempat di sekolah-sekolahnya yang terpilih. Bulan Disember dan Januari merupakan bulan yang berdatangan para waris pelajar ke pejabat JAIS - memohon dan merayu tempat belajar di sekolah-sekolah berkenaan. Sememangnya, sekolah agama dan tahfiz merecup tumbuh di merata tempat di seluruh Negara. Ini adalah kecenderungan rakyat dalam memilih sistem pendidikan yang diyakini d...

Tujuan Pendidikan Bukan Untuk Makan Gaji!!

Ada masyarakat umum yang bertanyakan Pak Lang tentang kerjaya anak-anak GISB setelah tamat pengajian. Naampaknya mereka begitu prihatin dengan 'masa depan' anak-anak yang berada di sekolah-sekolah GISB. Ianya suatu yang baik sebab keperihatinan dengan nasib anak bangsa kita sangatlah dituntut dan dihargai. Izinkan Pak Lang nyatakan bahawa semua sekolah menengah Islam GISB (GISB HOLDINGS Sdn Bhd) / YKPPM (Yayasan Kebajikan Dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia) di semua negeri sedang dalam proses pendaftaran dengan jabatan agama Islam negeri-negeri. Untuk negeri Selangor, Bahagian Pendidikan JAIS sedang dalam fasa terakhir proses kelulusan. Antaranya ialah mereka perlu melawat sekolah GISB/YKPPM berkenaan. Walau bagaimanapun sudah ada yang telah diluluskan permohonannya.  Usaha mendaftarkan sekolah-sekolah GISB / YKPPM ini kami lakukan dengan serius bagi memastikan semua anak-anak kami di GISB / YKPPM dapat mengikuti pendidikan arus perdana. Harapan kami, dengan kurikulum pe...

Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara

Imej
Tulisan ini ditujukan kepada teman-teman dan rakan-rakan yang bertanyakan Pak Lang tentang pendidikan GISB / YKPPM sekarang. Apakah berbeza atau sebaliknya. Sepertimana termaklum, kita sedang berada di dalam arus perdana – menerima keputusan Fatwa terhadap kesilapan kita dimasa lalu. Lalu   mungkin ada di kalangan kita yang belum memahami konsep pendidikan yang GISB laksanakan sekarang. GISB / YKPPM yang diterajui Dato Ratu Ibu Hatijah Aam telah mengambil sikap mematuhi fatwa. Semua yang berkaitan dengan apa yang diharamkan sebelum ini, kita akur dengan sepenuh hati. Sekarang adalah waktunya kita menerima program yang dianjurkan JAKIM dan Jabatan Agama di semua negeri. Tidak ada dolak dalihnya. Dalam bidang pendidikan, semua sekolah di bawah GISB / YKPPM akan mengikut Kurikulum JAIS (dan jabatan agama negeri-negeri) dan Kurikulum Kementerian Pendidikan. Apa yang penting ialah pembentukan sahsiah pelajar. Maknanya, walaupun kurikulum tersebut mempunyai kerangka konsep ...