Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MUHASABAH DIRI

Muhasabah - Taubatlah Serta Merta Dan Sentiasa

Mati tak kira tua tak kira muda. Tak kira sakit tak kira sihat. Kita akan mati bila2 masa, entah bila, entah dimana, entah bagaimana. Mungkin dalam kemalangan jalan raya, dalam kebakaran, dalam banjir, tanah runtuh, dalam ribut-taufan  atau diserang penyakit tiba2 seperti serangan jantung, denggi, taun dan sebagainya. Ada orang mati dibunuh perompak, mati dibaham buaya atau diterkam harimau atau dipagut ular. Ada yang mati tersedak makanan malahan tersedak air liur dan macam2 lagi penyebab mati. Tak kesahlah mati, semua orang akan mati. Ye, betul. Cuma apa nasib kita selepas mati?Mati bukan berakhirnya kehidupan kita. Mati adalah sebuah perpindahan hidup dari alam nyata yang hanya sedetik ke alam akhirat yang kekal abadi untuk menerima pembalasan nikmat atau penyiksaan di alam kubur. Mati adalah perpindahan ke alam ghaib tetapi dengan menempuh proses sakaratul maut dengan kesakitan yang teramat sangat yang tak dapat digambarkan.  Setelah mati, kita dihidupkan semul...

Muhasabah Diri - Sembahyang!!!

Imej
Pernahkah Sedih Tertinggal Sembahyang? Pernahkah kita bersedih tertinggal sembahyang? Pernahkah susah hati terlewat mengerjakannya? Pernahkah terasa rugi tertinggal jemaah mendirikan sembahyang? Pernahkah kita risau hati lalai di dalam sembahyang? Pernahkah terasa berdosa tidak beradab menghadapi Tuhan? Jawapannya ada pada diri kita sendiri Setiap orang boleh menilai dirinya Tanyalah diri kita akan dapat jawapannya Bila dapat jawapannya engkau kenal diri engkau Bila engkau kenal diri engkau, engkau kenal siapa engkau Kalau engkau kenal diri engkau Engkau tidak akan nampak lagi kejahatan orang lain Begitulah beberapa pertanyaan yang kita ajukan Sebagai contoh untuk bertanya diri sendiri Yang tidak disebutkan kita datangkan atau fikirkan Tentu kita juga akan dapat jawapannya Cara ini adalah salah satu cara buat kita menilai diri Jika kita mahu menilai diri sendiri Lebih-lebih lagi jika hendak membaiki diri Tapi berapa ramaikah orang boleh ikut...

Muhasabah Diri Menuju Negeri Yang Kekal Abadi

Imej
MENUJU YANG ABADI Muhasabah bersama, Nadia Mujahidah DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SELAMAT SEJAHTERA.. Alhamdulillah.. bila kita tengok semulakan, setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita, tak pernah Allah jadikan sia-sia. Yalah kan, mana mungkin Allah yang Maha Hebat akan ciptakan dan jadikan sesuatu itu sia-sia, tiada sebab dan tiada tujuannya. Mustahil.. mustahil.. BILA KITA FIKIR BEGITU Bayangkan, sekejap lagi kita akan dirikan solat yang mana solat tersebut adalah solat terakhir dalam hidup kita. Aik, kenapa solat terakhir? Ya, kerna selepas itu kita sudah tidak berupaya mendirikannya lagi. Roh kita akan meninggalkan jasad. Mereka akan bercerai. Bayangkan, sekejap lagi kita bersama ayah dan ibu buat kali yang terakhir. Bertemu dan memeluk sahabat-sahabat kita untuk seketika dan selepas itu, kita akan berpisah buat selama-lamanya di dunia. Kerna, selepas itu kita akan tinggal di alam yang lain. Di alam yang kekal aba...