Video Fitnah Seks Ustaz Azhar Idrus.. Ikuti Penjelasan Beliau
Sejak dari semalam, kita digemparkan dengan penyebaran video skandal yang kononnya mengaitkan seorang pendakwah tempatan yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau UAI. Keratan gambar dan video terlibat melihatkan seorang lelaki yang mirip Ustaz Azhar bersama seorang wanita. Bagaimanapun, pembantu UAI, Zulkifli Wahab sudah tampil untuk memberi keterangan mengenai perkara terbabit. Menurut Zulkifli, video terbabit adalah usaha terancang dari pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba untuk menggagalkan usaha penyebaran dakwah di dalam kalangan umat Islam di negara ini. Menerusi Harian Metro , berikut adalah kenyataan dari Zulkifli mengenai perkara ini : "Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini. “Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini. "Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang...