Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEBERSIHAN

Macamana Hendak Berbuat Terhadap Tikus Yang Terlalu Banyak? Ini Jawapannya!!

Imej
Di Puchong, ada kawasan paya di tepi sungai Puchong yang dulunya kerap berlaku banjir. Tanah kawasan paya ini bila kering jadi bergambut. Bila dibuat parit besar, banjir dari limpahan sungai sudah tidak berlaku lagi. Mulalah para penduduk menambak tanah masing-masing. Alhasil tanah gambut di bahagian bawah menjadi sarang tikus yang sangat luas dan besar. Di bawah tanah adalah kota tikus!!  Orang soleh yang kuat hubungan mereka dengan Allah mengatasi masalah ini dengan menjaga kebersihan. Jangan ada sampah sarap dan lebihan makanan yang tidak dibersihkan. Jika sumber makanan sudah tidak ada, tikus tidak akan datang. Bukan mudah melakukan ini jika semua penduduk tidak sepakat. Orang soleh mengatasi masalah tikus dengan menjaga kebersihan dan kuat berdoa serta bertawakkal kepada Allah. Dialah yang maha kuasa. Dialah yang menentukan segalanya. Tidak ada daya upaya melainkan dengan izin Allah. Dia yang menciptakan tikus.  Di Vietnam ada cara bagaimana mereka menangkap...

Kenapa perlu Bersih Dan Kemas?

Imej
ISLAM adalah agama yang sangat mementingkan kebersihan dan kecantikan. Bahkan di sisi Islam orang yang menjaga kebersihan itu adalah mereka yang mempunyai iman yang tinggi.  Umat Islam perlu menjaga ketrampilan dan penampilan diri agar sentiasa kelihatan anggun dan hebat selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan dalam al-Quran, as-Sunnah dan ijtihad para ulama yang muktabar. Nabi Muhammad SAW adalah contoh yang terbaik untuk kita jadikan ikutan dalam menekankan aspek kebersihan dan kesucian, khususnya berkaitan penampilan diri dan berpakaian. Sekiranya kita meneliti hadis-hadis berkaitan dengan pakaian Rasulullah SAW, kita akan mendapati bahawa baginda amat suka memakai pakaian yang berwarna putih. Warna putih menampakkan kebersihan dan kesucian, walaupun baginda tidak melarang untuk memakai pakaian berwarna lain. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih. Orang-orang yang masih hidup a...