Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MASA DEPAN NEGARA

Pulau Pisang Adalah Sah Milik Malaysia - Pastikan Tidak Terlepas Ke Tangan Negara Lain

Imej
BARU-BARU ini, Malaysia digegarkan dengan isu sem­padan negara yang bolos dan tidak dikawal rapi. Bagaimana pula dengan pulau-pulau di perairan ki­ta? Adakah pulau-pulau ini di bawah pengawasan kita sepenuhnya? Pulau Pisang adalah sebuah pulau kecil di pantai barat daya Johor yang dikelilingi perairan Selat Melaka. Terdapat sebuah rumah api yang dibina di atas pulau yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Pontian Kecil dan lima kilometer dari Benut ini. Sehingga kini, rumah api ini diselenggara oleh Lembaga Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura. Terdapat keresahan bahawa sekiranya keadaan ini berlarutan, mungkinkah Pulau Pisang akan menjadi Pedra Branca kedua? Selat Melaka antara laluan per­kapalan tersibuk di dunia. Bagi me­mastikan kelancaran pelayaran, pihak British telah membina sebuah rumah api di puncak Pulau Pisang pada 1914. Selama lebih seabad, rumah api Pulau Pisang berfungsi sebagai instrumen bantuan pelayaran bagi kapal-kapal yang menuju ke arah bukaan barat...

Bacalah Sesuatu Tentang Negara Kita Dan Bagaimana Ianya Ditadbir Sekarang!!

Tidak kenal yang mana hujung dan pangkalnya, masih nak pegang kuasa!! UMNO adalah parti tua. Penyakitnya pun penyakit tua. Ramai ahli-ahli UMNO cuba mencari pemimpin-pemimpin muda untuk meremajakan parti itu tetapi penyakit yang sering menghinggapi orang tua juga di hinggapi pemimpin muda dalam parti itu. UMNO adalah parti yang tidak mengikut arus perubahan zaman dan parti itu adalah sebuah parti kekampungan yang tidak mampu berubah dalam semua hal walaupun niatnya hendak berubah itu nyata dan jelas. UMNO tidak tahu apa yang hendak di ubahnya. UMNO tidak tahu lagi apa yang baik yang perlu di lakukannya dan lebih sedih lagi mereka tidak tahu pun mana yang baik dan yang buruk. Mereka menyangka yang apa yang Najib lakukan hari ini adalah pembaharuan tetapi sebenarnya tindakan Najib itu sebenarnya tidak menunjukkan yang UMNO sudah mula untuk berubah.  UMNO mentadbir kerajaan seperti mentadbir persatuan bola takraw dan mengambil keputusan tanpa bersandar kepada dasar-dasar tetap ...