Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PENDIDIKAN AWAL

Mendidik Anak Yang Di Dalam Kandungan

Imej
  Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Apa sahaja yang dilakukan ibubapa akan mula memberi kesan pada janin atau anak di dalam kandungan. Janganlah menganggap peranan ini hanya untuk siibu sahaja. Sebenarnya ibu bapa sama-sama berperanan sebaik mereka diijab kabulkan. Kesan apa yang dihati mereka, apa yang mereka cakapkan dan lakukan akan mempengaruhi pembentukan anak yang di dalam rahim ibu.   Pendidikan oleh ibubapa terhadap anak yang di dalam kandungan ini terbahagi kepada 3 bentuk iaitu:    A)  Pemakanan dan penjagaan lahir B)  Amalan Ibadah, bacaan Al-Quran dan doa harian C)  Percakapan dan tingkah laku serta muamalah seharian A)  Pemakanan dan penjagaan lahir 1.  Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal. 2. Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga k...