Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Kisah Mengharukan: Anak Yang Ditelantarkan Itu Hadiahkan Hafalan An-Naba’ Untuk Ayah Yang Sibuk

Imej
Oleh M. Sholich Mubarok -  www.nytimes.com Minggu lalu saya kembali Jum’atan di Graha CIMB Niaga Jalan Sudirman setelah lama sekali nggak sholat Jum’at di situ. Sehabis meeting dengan salah satu calon investor di lantai 27, saya buru-buru turun ke masjid karena takut terlambat dan benar saja sampai di masjid adzan sudah berkumandang. Karena terlambat saya jadi tidak tahu siapa nama Khotibnya saat itu. Sambil mendengarkan khotbah saya melihat sang Khotib dari layar lebar yang di pasang di luar ruangan utama masjid. Khotibnya masih muda, tampan, berjenggot namun penampilannya bersih. Dari wajahnya saya melihat aura kecerdasan. Tutur katanya lembut namun tegas. Dari penampilannya yang menarik tsb, saya jadi penasaran. Apa kira-kira isi khotbahnya. Ternyata betul dugaan saya! Isi ceramah dan cara menyampaikannya membuat jamaah larut dalam keharuan. Banyak yang mengucurkan air mata (termasuk saya). Bahkan ada yang sampai tersedu-sedan. Weleh-weleh..sampai segitunya ...

Baru Kita Tahu Kenapa Ramai Ibubapa Tidak Suka Televisyen!!

Ibubapa yang cerdik - biasanya golongan profesional, sudah lama tahu kesan negatif televisyen terhadap anak-anak. Itu baru televisyen, belum lagi dilihat pada gajet elektronik yang berbagai. Semuanya berupaya memberi kesan negatif jika digunakan tanpa kesedaran dan panduan.  Sebenarnya televisyen bukanlah ancaman utama sekarang kerana gajet sudah mula mengambil alih keasyikan anak-anak dan remaja. Gajet sudah 'berjaya' 'mengurung' anak-anak di bilik masing-masing. Gajet menjadikan anak-anak sudah mula berubah dan akan terus berubah.  Walau bagaimana pun televisyen merupakan peralatan rumah yang dianggap 'wajib ada' di setiap rumah. Bahaya dan unsur negatifnya diakui tetapi untuk berpisah dengan televisyen - suatu yang mustahil. Mari baca kenapa televisyen berupaya merosakkan anak-anak!! Nanti bolehlah di kaitkan kerosakan serupa pada gajet elektronik. Tulisan berikut Pak Lang dapatkan daripada Saudara ZulZaidi . Tulisannya menarik dan membongkar persoa...

Inilah Sebabnya Jangan Ada Televisyen Di Rumah Kita

Imej
Artikel berikut ditulis oleh  Zulzaidi bin Mahmud PENGARUH TELEVESYEN TERHADAP PERKEMBANGAN MINDA KANAK-KANAK Ditulis oleh : Zulzaidi bin Mahmud  Media elektronik dan media bercetak merupakan medium kepada manusia untuk mengetahui banyak perkara, secara tidak langsung menambahkan ilmu pengetahuaan.  Media elektronik iaitu televisyen merupakan media yang menjadi “favourite” semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak, remaja, belia dan warga tua. Televisyen memaparkan banyak perkara seperti politik, ekonomi, sosial, sukan dan hiburan. Kanak-kanak merupakan antara golongan yang teramai dan terbanyak menonton televisyen. Perkara yang menjadi tontonan kepada kanak-kanak adalah berhubung dengan hiburan, seperti rancangan kartun dan nyanyian.  Hiburan boleh mendatangkan ketenangan, menghilangkan kekecewan, dan mengatasi masalah emosi, tetapi hiburan kartun yang ada di televesyen adalah berorientasikan hiburan yang patut dijauhi oleh kanak-...

Besarkanlah Anak Tanpa Televisyen Dan Tanpa Gajet?

Imej
Membesarkan anak-anak di zaman ini bukanlah mudah. Cabaran dan halangan untuk berjaya sangat besar. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Tidak boleh lurus bendol dan tidak boleh ikut orang lain. Mesti berpijak di bumi nyata. Anak-anak kita, kita yang bertanggung jawab. Jangan ikut gaya hidup jiran atau keluarga yang lain. Kita sendiri mesti ada prinsip dalam pendidikan untuk anak-anak kita.  Hala tuju dan jalan kehidupan anak-anak kita, kita yang kena programkan. Tidak mesti kita memaksa mereka. Cukuplah kita biasakan mereka dengan hal-hal positif. Kalau mereka sudah terbiasa dengan sesuatu yang merosakkan, kitalah yang salah.  Televisyen adalah satu cabaran bagi setiap ibubapa. Ramai ibubapa yang berada dalam dilema atau sekurang-kurangnya terpaksa bertegas dengan anak-anak soal rancangan televisyen.  Lebih baik, jangan ada langsung televisyen di rumah kita!! Baca catatan berikut: Membesar tanpa televisyen Oleh Nor Faizah Mohamed  faizah@h...

Boleh Rotan Anak Tapi Ikut 8 Syarat Ini..

Imej
SEORANG sarjana Islam yang banyak menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam iaitu Abdullah Naseh Ulwan dalam sebuah bukunya yang berjodol ”Tarbiah al-Aulad fi al-Islam” telah meletakkan beberapa syarat sebelum atau semasa merotan anak-anak sebagai antara tuntutan didikan. Antara syarat untuk merotan anak-anak ialah sebagaimana berikut : Ibubapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan merotan apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan  Tidak merotan anak-anak semasa dalam kedaan terlalu marah yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak Tidak merotan di tempat-tempat larangan atau merbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut anak-anak Tindakan merotan kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan samada di tangan atau kaki. Jika tidak berkesan untuk satu rotan maka terus dirotan...

Rotan Itu Penting, Bukan Sahaja Untuk Kanak-Kanak, Juga Untuk Orang Dewasa

Jika saya masih kecil (kanak-kanak) dan ibu saya masih muda membimbing dan membesarkan saya dengan cara yang betul pastinya ibu saya akan masuk penjara kerana kanak-kanak seperti saya tentunya akan dirotan kerana berbagai-bagai masalah kanak-kanak. Nasib baiklah saya dilahirkan lebih dari 60 tahun dahulu dan semasa itu merotan kanak-kanak bukan lagi menjadi kesalahan dan boleh dipenjarakan. Undang-undang yang sedang digubal oleh pihak kerajaan sekarang melarang merotan kanak-kanak itu merupakan usaha yang sia-sia. Itu bukan caranya untuk membentuk nilai keibuan dan kebapaan dan nilai baik untuk seorang anak berhubung dengan ibu bapa mereka. Agama kita memerintahkan kita mengajar dan membuatkan anak kita mendirikan solat dalam jangka usia kanak-kanak itu tujuh tahun dan jika dia enggan adalah diminta untuk ibu atau bapa merotan anak-anak kita itu secara yang betul. Ibu bapa bukannya membelasah anak-anak mereka tetapi merotan anak-anak yang engkar mendirikan solat itu kerana a...

Didik Anak Dengan Baik

Oleh Rosmah Dain Semakin ramai kanak-kanak menghadapi masalah mental. Senario yang sukar untuk diterima akal tetapi itulah hakikat yang sedang berlegar dalam masyarakat hari ini. Mengikut laporan, lebih 20 peratus kanak-kanak berumur antara lima dan 15 tahun di negara ini dikesan menghadapi masalah mental berikutan tekanan hidup dan didiskriminasi akibat keadaan persekitaran. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada tahun 2011, mendedahkan terdapat peningkatan berbanding kajian sebelumnya. Hasil kajian tersebut menunjukkan peningkatan daripada 13 peratus pada tahun 1996 kepada 19.3 peratus pada tahun 2006 dan 20 peratus pada tahun 2011 bagi kanak-kanak berumur lima hingga 15 tahun yang menghadapi masalah psikiatrik. Menurut Kaunselor Kolej Yayasan Melaka, Latifah Md. Yusoh, masalah kanak-kanak banyak berpunca daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri yang menyebabkan golongan ini membesar dengan keadaan yang negatif. Katanya, kana...

Tips Untuk Ibu Bapa Jika Inginkan Anak Yang Soleh Dan Pintar

Imej
AL HAFIDZ AHMAD BIN SHIDDIQ AL Ghumari ketika menuntut ilmu di Al Azhar, dia cepat memahami kitab-kitab yang dia baca di hadapan para gurunya. Sehingga dalam waktu singkat dia sudah mengkaji kitab-kitab tahap tinggi.  Pada suatu hari ketika Syeikh Muhammad Imam Saqqa yang ketika itu memegang jawatan sebagai imam masjid Al Azhar mengatakan kepada Syeikh Ahmad bin Shiddq Al Ghumari, "Ayahmu pasti seorang lelaki yang soleh. Yang berlaku padamu ini adalah keberkatannya tanpa diragukan. Sesungguhnya kami tidak mengetahui ada murid yang mampu untuk belajar dengan secepat ini."   Sesungguhnya penuntut ilmu yang ada pada kami tidak akan menghadiri Kitab Al Asymuni atau As Shaban, kecuali setelah mempelajari nahu selama 6 tahun serta telah membaca Al Ajrumiyah dan Al Qathr serta mengulanginya. Sedangkan engkau mengambil masa hanya tiga bulan ". (Bahr Al amiq, 1/60-61) *Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber www.hidayatullah.com

Tegas, Disiplin Dan Tidak Memanjakan Anak Kunci Kejayaan Dalam Mendidik Mereka!!

Imej
Awiah Awi menerima ciuman tahniah daripada anak-anak serta cucu-cucunya. TIDAK ada apa-apa rahsia. Cuma saya agak tegas dengan anak-anak dan sangat mementingkan soal disiplin bukan saja dalam pelajaran malah kehidupan harian. Mungkin terbawa-bawa cara hidup tentera kerana arwah suami seorang askar. ‘‘Selain itu saya juga tidak biasakan anak-anak terlalu manja. Sebaliknya sentiasa memberikan mereka tugas untuk mereka menjadi lebih bertanggungjawab.’’ Demikian jawapan Tokoh Ibu Mithali 2010, Awiah Awi, 64, apabila ditanya mengenai rahsia kejayaannya mendidik sembilan anak-anak yang kesemuanya lelaki. Kini kesemua anak-anaknya yang berusia antara 20 hingga 48 tahun telah berjaya dalam bidang masing-masing dengan menyandang jawatan penting sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. Kegigihan dan ketabahan Awiah membesarkan anak-anak mendapat pengiktirafan melalui anugerah tersebut oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Ibu tunggal berusia 64 tahun berasa...

Kenapa Tidak Boleh Memanjakan Anak?

Imej
Hari ini, anak-anak sudah tidak terdedah dengan kerja lasak. Jika bermain, mainan mereka di alam maya - guna pelbagai gajet elektronik. Tiada peluh dan tiada penat. Jika bekerja, tiada pekerjaan yang payah dan sukar. Tiada cabaran. Hanya jika rajin, pekerjaan mereka mungkin sekadar membantu ibu bapa mengemas rumah atau membasuh kereta atau membersih halaman rumah yang hanya beberapa kaki persegi.  Sebelum ledakan teknologi maklumat yang canggih seperti zaman sekarang, anak-anak mesti membantu pekerjaan ibu bapa. Jika ibu bapa penoreh getah, mereka juga turut membantu. Begitu juga bersawah padi, bertanam sayur, menjadi nelayan dan sebagainya.  Semua kerja ini banyak menggunakan kekuatan tulang empat kerat. Ianya memenatkan, berpeluh dan meletihkan. Bebanan kerja berikutan keperluan kehidupan mencari rezeki untuk keluarga. Penghasilan wang dari pekerjaan sangat sedikit berbanding keperluan untuk berbelanja terutama untuk persekolahan anak-anak.  Setiap keluarg...