Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel HIDAYAH

Kisah Bagaimana Muhammad Ali Peluk Islam

Imej
Sukan tinju dunia dikejutkan dengan berita kehilangan seorang lagenda apabila Muhammad Ali disahkan meninggal dunia , pagi semalam. Ali yang dilahirkan pada 17 Januari 1942 di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat menghembuskan nafasnya pada usia 73 tahun, dipercayai kerana menghidap masalah pernafasan. Beliau yang pernah menjadi peninju juara heavyweight dunia sebanyak tiga kali sememangnya merupakan salah seorang tokoh sukan terbesar pada abad ke-20. Dalam namanya sedang meningkat naik, Ali tiba-tiba mengejutkan dunia apabila memilih untuk memeluk agama Islam dan menukar nama asalnya, Cassius Marcellus Clay, Jr, pada tahun 1964. Pengumuman pertukaran agamanya itu didedahkan kepada umum buat pertama kali di arena gelanggang selepas Ali berjaya menjuarai heavyweight dunia menumpaskan Sonny Liston. Petukaran agamanya itu juga membuatkan ada yang menggelarkannya sebagai ‘Black Muslim’. Ali yang awal merupakan mualaf ketika itu dikatakan mempunyai pegangan ...

Aku Benci Islam, Tapi Aku Akhirnya Mencari Takdirku.

Imej
Terlalu bencinya pada Islam, sampai berfikir sanggup jadi apa saja asaljangan muslim. Tapi hidayah itu akhirnya datang juga. SARIYA, gadis asal Kerala, India, dibesarkan dalam keluarga yang sangattaat dalam agama. Datuknya pengasas Gereja di Kerala. Pemuka agama disana sering menjadikan ibu Sariya sebagai contoh wanita terbaik bagijemaah.  Namun lama-lama, ibu Sariya mula mengalami keraguan sehingga akhirnyadia menjadi seorang muslim. Semua itu mungkin kerana pengaruh peguamkeluarga bernama Ibrahim Khan seorang muslim taat, dan mempunyaipengetahuan luas soal agama. Meski kehadirannya singkat, tapi mampu mengubah ibu Sariya menjadimuslim dalam beberapa minggu sahaja. Saat itu Sariya masih 13 tahun.Sebagai anak tertua, Sariya merasa bingung dengan keadaan keluarganyayang pecah, kerana ibunya memilih bercerai dan pindah ke Bombay. Sariya sangat membenci Islam kerana ia anggap Islam telah memusnahkankeluarganya. Ayahnya memilih pergi meninggalkan Sariya dan adik-adi...