Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel TOKOH NEGARA

Kisah Menarik Tentang Leftenan Adnan. -

Imej
Inilah kisah mengenai Leftenan Adnan yang terbunuh semasa menentang tentera Jepun di Singapura. Kisahnya telah difiilemkan. Ianya menarik kerana faktor keberanian dan pengorbanannya demi kedaulatan negara tercinta. Bacalah apa yang Pak Lang kutip dari blog penulis cerita sejarah terkenal Abdul Latip Talib. KLIK UNTUK SUMBER   KISAH SEDIH SEORANG PAHLAWAN Jantan Abdul Rahman atau Jantan Lebai 80 tahun penduduk Kampung Sungai Ramal yang menceritakan kisah sedih keluarga Leftenan Adnan. Rumah Leftenan Adnan terletak di hadapan masjid ini tetapi sekarang telah dirobohkan kerana pembinaan lebuhraya. Rumah itu didirikan di atas tanah tol. Cukupkah sekadar namanya diabadikan pada sekolah ini?. Bagaimanakah cara kita menghargai pengorbanan pahlawan kita?. Apakah cukup sekadar mengingati nama dan sejarah perjuangannya sahaja?. Atau mengabadikan nama mereka pada jalan atau sekolah?. Sesungguhnya Leftenan Adnan adalah antara pahlawan Melayu yang berkubur tanpa nisan yang jasa dan pengor...

Menjejaki Kembali Pahlawan Negara Mat Kilau

Imej
Semalam sempat menonton Majalah 3 mengenai Pahlawan Terbilang Melayu Mat Kilau. Terharu sungguh bila mengenangkan semangat dan perjuangan orang-orang hebat Melayu dahulu yang berjuang mempertahankan maruah bangsa dan agama dari di pijak penjajah. Nama nama hebat pejuang-pejuang dulu macam Mat Kilau, Tok Gajah, Dato Bahaman di Pahang, Penghulu Dol Said di Naning, Tok Janggut di Kelantan serta Datuk Maharajalela di Perak semamangnya banyak kali di sebut dalam subjek sejarah masa sekolah menengah dulu. Mat Kilau ni pun bukan calang-calang keturunannya kerana ayahandanya sendiri adalah salah seorang pejuang menentang penjajah ketika itu iatu Imam Rasu bin Shahrum, berpangkat Orang Kaya Raja iaitu setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang iaitu Tok Gajah sendiri. Dan Perjuangan Mat Kilau ni sebenarnya bukan saja setakat berjuang menentang British di negeri kelahiran beliau saja tapi melewati Terengganu dan Kelantan. Di ceritakan kehebatan Mat Kilau ketika bertempur ...

Sejarah Ringkas Mat Kilau Yang Mungkin Tidak Diketahui Umum

Imej
SEJARAH PERJUANGAN MAT KILAU Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Bapanya bernama Imam Rasul atau gelarannya Tok Gajah, seorang pembesar Pahang. Ibunya bernama Mahda binti Tok Kaut Burau. Dari kecil beliau telah pandai membaca al-Quran, berzanji, berdikir maulud dan berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi beliau ialah bermain gasing dan berlaga buah keras, sejenis permainan tradisional yang telah pupus. Beliau sentiasa menjadi juara di kampungnya. Ketika berusia 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik binti Imam Daud dari Kampung Kedondong dan dianugerahkan tiga orang cahaya mata. Mat Kilau belajar silat, menuntut ilmu kebatinan dan seni mempertahankan diri serta bermain senjata seperti keris, tombak dan parang daripada ayahnya, Tok Gajah. Beliau menuntut ilmu agama daripada Allamah Haji Botok bin Osman, ulama Kelantan yang berpindah menjadi mufti Pahang pada zamannya. Sekitar tahun 1890-an, t...

Tun Dr Mahathir Mohammad

Imej
Para remaja atau generasi anak cucu di dalam GISB kenalah membanyakkan pengetahuan am. Banyak maklumat, perkara atau peristiwa yang berlaku di dalam jemaah, di dalam negara dan di dunia yang perlu difahami dan di analisa dengan tepat. Penggunaan blackberry dan internet hendaklah dimanfaatkan sepenuh untuk meningkatkan pengetahuan serta kematangan diri. Dalam beberapa post akan datang Pak Lang akan kemukakan beberapa isu berkaitan politik di negara kita. Untuk kali ini kita mulakan maklumat berkaitan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Pak Lang kutip maklumat ini dari laman web berikut; www.freewebs.com/sejarahkita/drmahathir.htm