Harga Bahan Bakar Naik, Harga Cendul Bakar Kuala Selangor Turun
Sekarang ini cendul merupakan produk yang sama kategorinya dengan bahan bakar petrol dan diesel. Jika harga minyak naik nasihat Menteri Hasan Malek semua pihak mesti mengikut langkah cendul Bakar di Kuala Selangor menurunkan harga jualan cendulnya sebanyak 0.20 sen. Pendeknya jika naik harga minyak, semua penjualan barangan dan perkhidmatan perlu menurunkan harga jualannya. Rupa-rupanya baru sekarang kita ketahui yang cendul itu merupakan barangan keperluan untuk hidup, seperti petrol, tanpa petrol tidak dapat menyambung hidup dengan sempurna. Nasihat Menteri ini selalunya menggelikan hati dan saya secara peribadi sentiasa tertunggu-tunggu untuk mendengar nasihat beliau yang pelik dan kadangkala menggelikan hati tidak dapat ditahan-tahan. Saya berharap perkhidmatan bas dan keretapi juga akan menurunkan tambangnya dengan kenaikan harga bahan bakar sekarang ini. Teksi juga perlu menurunkan harga tambangnya dari sekarang untuk menyambut dan memberikan reaksi dengan kenaikan harg...