Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel K-POP

Memeluk Dan Dipeluk Artis K-POP - Apa Nak Buat?

Isu beberapa remaja wanita yang memeluk dan dipeluk artis K-POP baru-baru ini menjadi isu hangat di negara kita. Memang ianya memalukan tetapi isu ini sudah membongkar banyak perkara lain. Tidaklah Pak Lang mahu mengulasnya tentang hal tersebut.  Pak Lang mahu mengajak kita memandang isu ini dengan lebih jauh. Ianya persoalan dasar dan asas. Inilah yang kita perlu lihat. Jangan hanya terbelalak melihat apa yang dipaparkan di YOU TUBE. Yang naik ke pentas itu hanya 4 orang tetapi semua wanita muslimah yang ada di dalam konsert itu bagaimana pula kedudukan mereka?  Maksudnya bagaimana diri semua remaja yang ada dalam konsert itu? Adakah mereka juga terkinja-kinja berebut untuk naik ke pentas tapi tidak mendapat peluang tersebut? Dan adakah remaja muslimah lainnya di Malaysia ini juga berfikiran yang sama atau berharap yang sama berlaku kepada mereka? Kita ketahui kegilaan remaja Malaysia walaupun muslimah - terhadap artis Korea memang semakin berleluasa. Apakah...