Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BLOG SHAHBUDIN

Muhyiddin Minta Pemilihan UMNO 2016 Tidak Ditangguhkan Lagi, Beranikah Najib?

Dari Blog Shahbudin Ramai yang memuji ucapan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin semasa perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri malam tadi. Ucapan beliau yang menyentuh banyak perkara dan masalah dalam parti disifatkan sebagai ucapan berterus-terang untuk memulihkan semula semangat dan kekuatan UMNO. Beliau bukan saja menyentuh mengenai keperluan berubah, tetapi juga membangkitkan isu-isu perebutan sesama sendiri dalam parti yang terus berlaku, walaupun hakikatnya UMNO semakin merosot dan merudum sokongannya di kalangan rakyat. Apa yang diperkatakan oleh Muhyidin itu memanglah sesuatu yang benar dan tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka. Cumanya, jika kita imbau ucapan beliau selaku orang nombor dua dalam parti sejak 2009 lalu, itulah lebih kurang intipatinya setiap tahun. Periksa dan amatilah ucapan Muhyiddin ini sejak beliau menjadi orang nombor dua dalam parti dan kerajaan. Itulah retoriknya setiap tahun, mungkin hanya ada sat...

Rahsia Subsidi Minyak Dihapuskan!!

Imej
Mulai 1 Disember ini, subsidi bagi petrol RON95 dan diesel akan mula dihapuskan dan penetapan harga bahan bakar itu akan ditetapkan melalui kaedah pengapungan terkawal berdasarkan turun naik harganya di pasaran dunia. Melalui keputusan terbaru kabinet ini, harga kedua-dua bahan bakar itu akan disemak setiap bulan dan penetapan harga yang akan dibuat pada 1 Disember nanti adalah berdasarkan harga pasarannya pada bulan November dan begitulah seterusnya. Patutlah subsidi minyak dihapuskan.. ini sebabnya. Berdasarkan harga pasaran minyak dunia ketika ini yang menunjukkan kecenderungan untuk terus menurun, adalah dijangkakan harga petrol RON95 dan diesel yang bakal ditetapkan pada 1 Disember nanti adalah lebih rendah berbanding RM2.30 dan RM2.20 yang dinikmati sekarang. Bagaimanapun, oleh kerana penentuan harga masih dalam konteks apungan terkawal dan bukannya secara bebas ditentukan oleh syarikat minyak berdasarkan paras siling, berapa banyak penurunan itu masih lagi b...

Azmin Juga Diminta Terjah Pusat Judi Dan Maksiat Di Selangor

Imej
Sudah kira-kira sebulan Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim. Antara janjinya sebaik mengangkat sumpah, Azmin mahu menjadi pemimpin negeri yang lebih kerap turun padang bertemu rakyat daripada berada di pejabatnya yang berhawa dingin. Beliau juga mahu dilihat lebih kerap berpakaian biasa daripada bertali leher dan memakai kot. Untuk mencapai matlamat itu, pendekatan terjah atau turun padang secara tiba-tiba menjadi simbolik baru kepimpinannya. Tidak lama selepas memegang jawatan Menteri Besar Selangor, beliau telah melakukan terjahan ke pusat pelupusan sampah di Sungai Kertas dan menyerbu lori-lori tanpa permit yang sesuka hati membuang sampah di kawasan itu. Permulaan yang dilakukannya itu sehingga digelar "Jokowi Malaysia" segera mendapat pujian dan sanjungan banyak pihak, apatah lagi dalam terjahan yang dilakukan itu, Azmin tidak menampakkan beliau berasa geli apabila masuk ke dalam longkang atau memanjat lori sampah yang ko...

Belanjawan 2015 - Apa Respon Dan Komen Rakyat

Sekadar memaparkan apa yang dilihat dan dirasai rakyat bawahan. Mereka juga berupaya menilai... Mujurlah Ada BR1M.... Apakah yang menariknya Bajet 2015 yang bertemakan EKR atau Ekonomi Keperluan Rakyat yang dibentangkan oleh Najib Razak kali ini? Rata-rata orang ramai bertanya di manakah istimewanya bajet kali keenam yang dibentangkan Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ini setelah rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen pada 2 Oktober lalu. Satu-satunya yang dianggap menarik dan boleh dijadikan bahan utama berita hanyalah kenaikan jumlah BR1M daripada RM650 kepada RM950 bagi yang berpendapatan di bawah RM3 ribu sebulan dan kenaikan daripada RM450 kepada RM750 bagi yang berpendapatan antara RM3 ribu hingga RM4 ribu. Bayaran BR1M yang akan dibuat secara ansuran tiga kali setahun ini diprercayai untuk mengurangkan beban kehidupan rakyat berikutan kenaikan harga minyak yang dikecam orangramai kerana diumumkan hanya menjelang tiga ...

Di Saat Rakyat Malaysia Bersedih Dengan Tragedi MH17, Ada Pemimpin Yang Masih Bersuka Ria

Imej
Walaupun hampir semua rakyat Malaysia menyambut Hari Raya tahun ini dengan cara sederhana berikutan tumpang bersedih dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan kerajaan juga membatalkan banyak majlis-majlis rumah terbuka sebagai tanda turut bersimpati, tetapi Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang merupakan Penasihat MAS seolah-olah tidak terkesan apa-apa dengannya. Semalam, beliau yang juga bekas Perdana Menteri bersama isterinya, Jeanne Abdullah, anak-anak menantu, anak tiri serta kaum keluarga terdekatnya telah pun berlepas ke Melbourne untuk bercuti dan menyambut Hari Raya di sana. Beliau yang dipercayai berada di Melbourne selama lebih seminggu itu nampaknya tidak bersedia menangguh atau membatalkan percutiannya di ketika seluruh rakyat Malaysia dan dunia seolah-olah sedang berkabung ketika ini. Meskipun jawatannya di syarikat penerbangan milik kerajaan itu tidak mempunyai apa-apa kuasa eksekutif, tetapi sebagai penasihat apatah lagi sebagai bekas P...

Betulkah KJ Anak Emas Najib?

Imej
KJ Anak Emas Najib? Kejohanan Bolasepak Piala Dunia tahun ini bukan saja dijadikan kesempatan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai medan mendekati golongan muda melalui program Feista Samba Brazil 2014 yang diadakan di seluruh negara, tetapi juga sebagai medan menunjukkan hubungannya yang boleh bergurau senda dengan Perdana Menteri, Najib Razak. Sempena Piala Dunia tahun ini, Khairy Jamaluddin atau KJ melalui melalui kementerian yang diterajuinya telah menganjurkan program Fiesta Samba Brazil 2014 dengan memilih 14 tempat di seluruh negara sebagai tempat untuk peminat bolasepak menonton semua perlawanan secara langsung melalui skrin besar yang disediakan. Pada malam perlawanan pertama, KJ telah berada di Dataran Merdeka menonton bolasepak bersama ribuan wargakota dan turut juga mengadakan pertandingan menjaringkan gol di mana beliau menjadi penjaga gawangnya. Sesiapa yang berjaya menjaringkan gol juga akan diberikan hadiah misteri. Setelah berjaga sehingga sub...

Bukan Sekadar Gaji, Wang Pencen Juga Wajar Diserah Kepada Badan Kebajikan

Isu kenaikan gaji anggota pentadbiran dan Adun Negeri Selangor yang menjadi perbualan hangat kini akhirnya menyerlahkan sikap "talam dua muka" sebahagian wakil rakyat negeri itu. Tidak saja Adun BN yang didapati bersikap demikian, bahkan Adun daripada PR juga nampaknya bersikap sama. Dalam perbahasan mengenai kenaikan gaji itu, sehingga bacaan kali ketiga, semua Adun bersetuju dengannya. Perkara ini didedahkan oleh Exco Selangor, Teng Chang Khim. Yang paling menonjol bersikap demikian ialah Pengerusi PKR, Azmin Ali yang dilaporkan berada di dalam Dewan ketika perbahasan mengenai kenaikan gaji itu tetapi hanya berdiam diri dan tidak membantah apa-apa, namun apabila menyedari isu menjadi perbualan ramai, beliau mengambil sikap menentangnya dan meminta kerajaan negeri menangguhkannya. Beberapa Adun BN juga turut mempertikaikan kenaikan gaji yang melibatkan Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker tetapi tetapi seolah-olah bersetuju dengan kenaikan gaji Adun atas a...