Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel TRAGEDI KEMATIAN DI KONSERT FMFA

Apa Sudah Jadi Negara Kita? - Betulkah Konsert Liar Di Bukit Jalil Disediakan Kondom Percuma?

Imej
Kepada semua yang bertanggung jawab dengan konsert FMFA yang memakan 6 orang korban baru-baru ini, tolong jelaskan apa yang dilapurkan akhbar Selangor Kini seperti di bawah! Kondom diedar percuma di Future Music Festival Asia ? Selepas negara dikejutkan dengan kematian enam anak muda didakwa akibat pengambilan dadah berlebihan pada acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia (FMFA) minggu lalu. Konsert berkenaan didakwa turut dicemari dengan ‘pemberian’ kondom yang menyebabkan berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan. Kondom berkenaan yang diletakkan dalam pek ringkas berwarna hitam yang tertera logo ‘Future Music Asia 2014′ dengan tema ‘Party Hard, Party Safe, Take Care’. Pek berkenaan diletakkan satu kondom serta memaparkan cara penggunaan. Keadaan ini nyata memburukan imej negara yang lebih menumpukan kepada prospek kehadiran pelancong sehingga sanggup membenarkan anak muda menggunakan barang terlarang dan be...

Konsert FMFA - Abang Kepada Gadis Yang Maut Dalam Konsert Tampil Luah Isi Hati

Imej
Beberapa hari lalu kita digemparkan dengan kematian beberapa remaja dalam konsert ‘Future Music Festival Asia’ di Stadium Bukit Jalil. Melalui laporan berita, Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan sehingga mengalami sesak nafas. Tidak cukup dengan itu, gambar-gambar mangsa turut disebarkan dalam blog-blog dan media sosial. Namun, abang kepada salah seorang gadis yang meninggal dunia tampil meluahkan isi hatinya mengenai kejadian itu di dalam Akaun Facebook adiknya sendiri, Sabreena Kamarudin. Baca luahan hati beliau: Assalamualaikum, Pada 15 Mac 2014, adik saya Sabreena binti Kamarudin telah kembali ke rahmatullah. Saya tidak menafikan apa yang dikatakan oleh media massa tentang apa yang berlaku, di mana adik saya terlibat dengan satu konsert dan telah meninggal dunia. Arwahyarhamah merupakan seorang yang sangat baik hati, disayangi serta disenangi oleh ahli keluarga dan juga kawan-kawannya. Ramai pihak yang tidak mempercayai apa yang telah ber...