Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEJADIAN LUAR BIASA

Kejadian Luar Biasa Di Rusia - Salji Berwarna Biru

Imej
Baru-baru ini berlaku fenomena alam yang menggemparkan di Chelyabinsk, Rusia. Setelah dihentam meteorit pada 2013, wilayah yang terletak di Pergunungan Ural tersebut kini diselubungi oleh salji berwarna biru bukan putih seperti pada umumnya. Menariknya, salji unik itu menutupi jalan-jalan di wilayah Chelyabinsk. Bumbung-bumbung rumah penduduk pun kelihatan penuh dengan timbunan salji berwarna biru tersebut. Menurut Dmitry, warga Chelyabinsk, salji dengan warna luar biasa ini berbau seperti besi. "Apabila matahari terbit hari ini, semua orang melihat bumbung biru, tempat letak kereta biru. Kami mula panik," kata Dmitry. Dia menambah bahawa penduduk bimbang jika salji tersebut berbahaya terhadap kesihatan. Selain itu ada penduduk yang mengadu sakit selepas terkena dengan salji unik itu. Namun, media tempatan akhirnya berjaya menyelesaikan misteri salji berwarna biru ini. Rupanya warna biru itu disebabkan oleh tumpahan bahan perwarna dari syarikat Viteks. P...

Kepala Wanita Tembusi Cermin

Imej
Beberapa anggota bomba berusaha menyelamatkan wanita malang yang kepalanya tersekat pada cermin hadapan kenderaannya dalam satu nahas jalan raya di wilayah Guanxi, China, kelmarin. - Agensi BEIJING 20 Julai - Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang boleh digambarkan terhadap seorang wanita China yang masih hidup meskipun kepalanya terhantuk sehingga menembusi cermin depan kereta apabila terlibat dalam satu kemalangan di wilayah Guanxi, selatan China, semalam. Wanita yang tidak didedahkan namanya itu duduk di bahagian penumpang apabila kenderaan tersebut melanggar belakang sebuah trak, menyebabkan mangsa yang tidak memakai tali pinggang keselamatan tercampak ke cermin depan. Akibat hentakan yang kuat, kepala wanita terbabit menembusi kaca itu dan tersangkut pada cermin kenderaan tersebut. Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian terpaksa mengalihkan pemandu kereta tersebut yang tidak sedarkan diri sebelum mengeluarkan mangsa yang tersangkut pada cermin berkenaan. Anggota bomba j...