Dijemput Kembali Ke Hadhrat Allah Di Malam Aidil Fitri
Buta pada masa kecilnya. Keliling dunia mencari ilmu. Menghafal ratusan ribu hadis. Karyanya menjadi rujukan utama sesudah al-Quran. Imam Bukhari lahir di Bukhara pada bulan Syawal tahun 194 Hijrah. Dipanggil dengan Abu Abdillah. Nama lengkap beliau Muhammmad bin Ismail bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al- Bukhari Al-Ju’fi. Beliau digelar Al-Imam Al-Hafizh, dan lebih dikenal dengan sebutan Al-Imam Al-Bukhari. Datuk beliau, Al-Mughirah, asalnya beragama Majusi (Zoroaster), kemudian memeluk Islam menerusi perantaraan Gabenor Bukhara yang bernama Al-Yaman Al-Ju’fi. Manakala ayah beliau, Ismail bin Al-Mughirah, seorang tokoh yang tekun dan gigih dalam menuntut ilmu, sempat mendengar kehebatan Al-Imam Malik bin Anas dalam bidang keilmuan, pernah berjumpa dengan Hammad bin Zaid, dan pernah bersalaman dengan Abdullah bin Al-Mubarak. Sewaktu kecil Al-Bukhari buta kedua-dua matanya. Pada suatu malam ibunya bermimpi melihat Nabi Ibrahim yang mengatakan, “Hai Fulanah (yang dimaksud...