Munajat Indah Habib Munzir
Kita sangat perlukan Nabi Muhammad SAW. Baginda kena diyakini masih berperanan di zaman ini. Bukankah Baginda itu hidup di alam sana. Tentulah Tuhan itu maha adil memberi peluang untuk umat akhir zaman mendapat pembelaan Baginda SAW. Diantaranya yang kita rasakan kehadiran Baginda ialah kembalinya umat Baginda untuk mencintai dan memperjuangkan cita-cita Baginda. Ianya satu dorongan yang menyeluruh terutama di dunia sebelah sini iaitu Malaysia dan Indonesia. Fenomena kaum muslimin sedang mahu berselawat di mana-mana. Bahkan ajakan berselawat beramai-ramai diprogramkan secara besar-besaran di stadium-stadium!! Inilah kesan dari kewujudan baginda Nabi SAW di zaman ini bersama umatnya yang sudah mahu kembali mencintai Baginda. Dipaparkan munajat seorang ulamak muda dari Indonesia yang baru saja berpindah ke alam akhirat - menemui cintanya yang hakiki. Beliau adalah Habib Munzir Ibn Fuad Ibn Abdurrahman Al Musawwa (Gambar) - seorang daripada zuriat keturunan Rasulullah ...