Sekolah Remaja Hamil JAIM penuh - 15 Orang Dalam Senarai Menunggu!!
Oleh Badrul Hizar Ab Jabar bhizar@bharian.com.my 2011/05/11 SEKOLAH Harapan dan Rumah Harapan, Jasin, memberi perlindungan kepada remaja hamil. 15 diletakkan dalam senarai menunggu Sekolah Harapan dan Rumah Harapan JASIN: Sejak ditubuhkan pada awal September 2010, Sekolah Harapan dan Rumah Harapan (SHRH) Melaka sudah menerima 49 remaja hamil dan bilangannya dijangka meningkat kerana permohonan terus bertambah. Pengerusi Lembaga SHRH, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, sepanjang tempoh itu, 28 bayi dilahirkan dengan semua diambil oleh keluarga ibu mereka. Katanya, sehingga kini, 35 remaja menghuni rumah kebajikan berkenaan dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, manakala bakinya sedang menunggu masa untuk bersalin. Mereka datang dari seluruh negara dan berusia antara 14 hingga 18 tahun, iaitu 14 dari Johor, masing-masing lapan dari Melaka dan Pahang, masing-masing lima dari Negeri Sembilan dan Kelantan, Terengganu (3), Kuala Lumpur ...