Hari-Hari Terakhirku Sebelum Bergelar 'OKU'
Dari Blog KASSIM SELAMAT .... Jangan lupa doakan saudara "Kassim Selamat" ketika membaca tulisan beliau ini. Kunjungi blog beliau untuk beri sokongan padanya. Baca juga kisahnya berada di ICU selama 46 hari DI SINI - ANTARA HIDUP DAN MATI Wednesday, June 17, 2009 Siaran ulangan entri 25 Mei'2006. Detik² terakhir sebelum bergelar OKU yang tidak akan kulupakan sepanjang hayatku. Jumaat 14 Jun’ 2002. Hari ini aku mengambil cuti separuh hari kerana isteriku kurang sehat. Sudah dua tiga hari isteriku mengambil MC. Selepas bersarapan aku memandikan isteri keduaku (keretaku). Hampir sejam aku menghabiskan masa membasuh dan menggilatkan keretaku. Aku mandi pun tak sampai 10 minit. Mandi mengalahkan aku! Isteriku masih berbaring di sofa. Jam ketika itu hampir pukul 12.00 tenggahhari. Aku bersiap-siap untuk ke pejabat dan untuk menunaikan sholat Jumaat. Hari itu aku memakai seluar jeans, berkemeja denim dan memakai boot. "Tak pernah-pernah kubuat sebelum ini memakai j...