Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel IKTIBAR

Dapat Surat Anugerah RM500k

Ada orang terima sepucuk surat yang tertulis *"Urusan Seri Paduka Baginda"* di sampulnya... Disebabkan sibuk, dia letak dalam almari sampai terlupa nak buka, dah pegang tapi tak buka, apatah lagi nak baca apa isi kandungannya tu, sebab sangat sibuk dengan urusan lain... Dia juga tak perasan yang surat tu ada expired date... Tiba-tiba satu hari, dia teringat, lalu membuka surat tu & baca, dia terkejut! Sebab surat tu daripada istana yang mahu menganugerahkan beliau wang berjumlah RM500K... Dia terus gerak menuju ke istana & cakap: "Ampun Tuanku, patik betul2 tak teringat nak buka surat tu, patik buka pun dah expired, ada peluang lagi tak untuk patik dapat RM500K tu?" Istana jawab: "Takda! Peluang tu hanya sekali..." Si dia menyesal tak sudah-sudah kerana tak buka surat tersebut... Kat dunia ni, Allah hantar 'Surat Agung' yang dinamakan Al Quran, jika kita tak pernah buka, baca & faham tawaran serta perin...

Sangka Baik

Imej
"Bos saya memandu sebuah kereta mewah setiap hari dan menjadi tugas saya untuk menyapa beliau dan membuka pintu pagar untuknya. Saya bekerja sebagai penjaga di villa mewah beliau. Tapi tak pernah sekali pun beliau membalas sapaan saya setiap hari. Suatu hari beliau ternampak saya membuka bungkusan sampah di luar villa beliau untuk mencari jikalau ada sisa - sisa makanan. Tetapi seperti biasa beliau langsung tidak memandang pada saya seolah - olah beliau tidak menyaksikan apa - apa. Keesokan harinya saya melihat sebuah bungkusan di tempat yang sama, tetapi ianya bersih dan makanan di dalamnya dibungkus dengan baik. Ianya masih segar dan makanan yang elok seperti ada orang yang baru membelinya dari pasaraya. Saya tak kisah daripada mana ianya datang, saya segera mengambilnya dan saya sangat gembira pada hari itu. Setiap hari saya dapati bungkusan makanan di tempat yang sama dengan sayuran yang segar dan semua barang keperluan dapur. Ini menjadi rutin saya setiap hari. Saya menikmati...

Terkejut Apabila Mengetahui Lelaki Yang Tolong Bayarkan Barang Keperluannya Telah ...........

Imej
Oleh Aimi Nordin.  Siapa yang tak gelabah apabila dah sampai kaunter pembayaran baru perasan dompet tertinggal di rumah. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita Jamie-Lynne Knighten apabila kad debitnya tertinggal di rumah dan jumlah yang perlu dibayar adalah RM 616.43. Barisan sudah semakin panjang, dan dia terpaksa batalkan pembeliannya ataupun minta juruwang simpankan dulu barang-barang tersebut sementara dia pulang ke rumah untuk mengambil kad debit tersebut. Walau bagaimanapun, seorang lagi pelanggan di situ melihat kesukarannya dan tanpa berfikir panjang, Matthew Jackson menawarkan diri untuk membayar. Matthew : Boleh saya bayarkan barangan awak ? Knighten keberatan untuk menerima kerana barang-barangnya banyak dan harganya juga mahal. Tetapi Matthew tetap berkeras ingin membayar dan tidak mengharapkan sebarang balasan. Hanya meminta Knighten buat perkara yang sama untuk orang yang memerlukan nanti. Matthew memberitahu Knighten yang dia bekerja d...

Kenapa Memberi Lebih Membahagiakan?

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul : "Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut...jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! Hehe...". Guru yang alim dan bijak itu menjawab : "Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah. Kamukan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang itu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun itu?" Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan untuk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut. Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon. Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40an, bajunya basah dengan peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barang...

Kisah Iktibar Yang Menggugah Jiwa - Menitiskan Air Mata

Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar. Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut. Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu, "Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?" Mereka berkata: "Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina." Sultan bertanya kepada beberapa...

Ajaibnya Tangisan Orang Yang Bertaubat

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu." Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, dicerita...

Apakah Dosa Yang Lebih Besar Dari Zina?

Kepada para remaja sekelian! Dulu, masa muda remaja, ketika di usia awal 20an, Pak Lang juga ada menyimpan keinginan untuk bekerja awal. Kononnya ingin mencari wang sendiri. Pada masa itu, tujuan bekerja ialah mahu mencari sumber pendapatan bagi membiayai pengajian Pak Lang di pondok. Maklumlah Pak Lang masuk pondok setelah habis SPM.  Ertinya sudah remaja dan dewasa. Sangatlah terasa tidak mahu membebankan keluarga.  Hasil cerita kawan-kawan, mereka mengesyorkan Pak Lang ke Singapura untuk bekerja. Gajinya mahal ditambah pula dengan mata wang Singapura yang lebih tinggi. Ramai rakan-rakan pondok yang sudah ke Singapura - bekerja. Ianya mendorong keinginan yang sama bagi orang lain termasuk Pak Lang. Keinginan untuk bekerja di Singapura itu kekal lama di dalam diri Pak Lang. Tetapi ianya tidak pernah berlaku. Pak Lang bersyukur kerana Allah selamatkan Pak Lang dari terjebak dengan situasi yang berpotensi merosakkan itu. Jika Pak Lang ke Singapura waktu itu, mungk...

Kesusahan Hidup Ada Di Mana-Mana - Jadilah Orang Yang Berusaha Menggembirakan Orang Lain!!

Imej
Nilai Sebuah Kehidupan : Di Penghujung Nyawa   Assalamualaikum, Pagi semalam, saya ada urusan di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Bersama saya adalah dua orang sahabat saya. Saya pergi ke Sungai Bakap dengan menaiki kereta. Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah gerai kecil di tepi jalan. Sebabnya, saya nak bersembang dengan mereka beberapa perkara. Kami bertiga order air Nescafe tarik. Itu sahaja. Alhamdulillah, dalam 30 minit. Perbincangan kami selesai. Terkejut Dengan Harga Minuman Untuk pengetahuan anda, saya jarang minum di luar. Jadi, saya kurang tahu harga minuman dan makanan di luar. Kalaulah saya makan di luar pun disebabkan ada sesuatu hal, saya biasanya minum di kedai mamak. Biasanya, harga air Nescafe Tarik di kedai mamak sekitar RM1.70-RM2.00. Bila saya panggil pekerja kedai itu untuk kira berapa jumlah harga minuman kami, saya terkejut. "RM3.60 saja bang." Saya terus terkejut. Pada waktu itu, cuma ada 2-3 orang pelanggan lain di kedai tersebut. So, say...

Pelajar Sekolah Maahad Gantung Diri Dengan Kain Pelekat Dalam Tandas

Imej
KOTA BHARU – Misteri bau busuk dalam tandas asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas pagi semalam, terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci. Penyelia terbabit, Zul Atfi Mohamad, 37, berkata, sebagai rutin setiap pagi dia melakukan pemeriksaan bersama pengetua sekolah bagi meninjau setiap keadaan kawasan sekitar sebelum pelajar memulakan kelas al-Quran pada setiap pagi selepas bermulanya cuti sekolah awal Disember lalu. Menurutnya, hanya apabila sampai di kawasan bilik air di tingkat bawah, dia tercium bau yang amat busuk dan mendapati pintu salah sebuah tandas dalam bilik air asrama terkunci dari dalam. “Curiga dengan keadaan itu, saya mengambil kerusi yang berada di luar dan cuba memanjatnya bagi meninjau keadaan dari dalam tandas yang terkunci itu. “Ketika saya memanjat dinding bilik air berdekatan dengan siling tandas, saya mendapati mayat seorang lelaki separuh bogel dengan hany...

Kemuliaan Hanyalah Pada Taqwa!! - Pilihlah Penilaian Tuhan Berbanding Penilaian Manusia

Kemuliaan Hanyalah Pada Taqwa!! - Pilihlah Penilaian Tuhan Berbanding Penilaian Manusia Nilai dan harga diri seseorang insan itu berada pada hatinya. Itulah penilaian Tuhan. Manusia ramai menilai mulia atau hina berdasarkan penampilan lahir. Walaupun ianya tidak betul, tetapi secara tidak sedar, ramai yang menerima ini semua seolah-olah itulah hakikat sebenar. Justeru - walaupun ulama besar - sebagai contoh, tetaplah tidak berupaya memilih simiskin yang bertaqwa untuk dijadikan menantu!! Alasan mereka berbagai - sesuai dengan nas Quran/Hadis yang mereka hafal. Sedangkan semulia-mulia insan di sisi Tuhan adalah mereka yang bertaqwa. Tetapi berapa orang ulama yang mampu memilih simiskin yang bertaqwa sebagai menantu? Kenyataannya mereka cenderung melihat kekayaan, pangkat-jawatan, keselesaan hidup bahkan kemasyhuran sebagai asas memilih pasangan hidup anak mereka.  Demikianlah sukarnya menilai manusia apatah lagi diakhir zaman, umat Islam rata-rata sudah rosak cara berfik...