Projek Pembesaran Masjidil Haram
PROJEK memperluas ruang sembahyang di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah menelan belanja lebih RM63 bilion manakala enam pembinaan projek hartanah juga kini dilaksanakan di sekitar Masjidil Haram dianggar lebih RM46 bilion. Selepas segala projek itu selepas kawasan ibadat Masjidil Haram dijangka mencecah lebih 300,000 meter persegi dan mampu menampung sekurang-kurangnya 700,000 jemaah pada satu masa. Demi melaksanakan projek itu, 1,000 hartanah di kawasan Al-Shamiya dimusnahkan dan kira-kira RM5.5 bilion diperuntukkan sebagai pampasan kepada pemilik hartanah yang diambil alih untuk digunakan sebagai kawasan ibadat baru Masjidil Haram. Proses menebus tanah itu bagaimanapun tidak lari daripada kontroversi apabila pemilik hartanah Al-Shamiya menolak pampasan RM13,000 hingga RM17,500 semeter persegi yang dianggap terlalu rendah. Projek lain 1) Jabal Khandama di timur Masjidil Haram membabitkan pembinaan beberapa menara hot...