Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KES BUNUH DIRI

Bunuh Diri Adalah Kematian Kedua Tertinggi Di Malaysia

PULAU PINANG 28 Dis. – Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, angka itu diperoleh daripada laporan Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun ini. Menurutnya, dalam laporan bertajuk Pencegahan Pembunuhan Diri di Malaysia itu, kadar kematian pada tahun 2004 adalah antara 9 hingga 12 kes bagi setiap 100,000 penduduk manakala tahun lalu pula 13 kes dalam setiap 100,000 orang. ‘‘Dipercayai bilangan sebenar kes membabitkan bunuh diri di negara ini lebih tinggi daripada jumlah rasmi yang diberikan kerana kes-kes seumpama ini kurang dilaporkan. ‘‘Angka-angka ini juga dijangka akan terus meningkat sekiranya kita tidak mengambil langkah pencegahan dari awal khasnya bagi membendung ia daripada te...

Kes Bunuh Diri di Singapura Catat Tertinggi

Imej
  Ini yang dikatakan apabila materialistik menjadi ukuran maka nyawa senang dibuang begitu sahaja. Inilah yang dibanggakan menjadi Singapura, negara maju tapi stresss terlalu tinggi apabila duit prioriti utama. Dan menyedihkan sikap sosial dan moral yang semakin rendah meninggikan kadar bunuh diri di Singapura. Pernah tak baca berita pada masa Tsunami, apabila kerajaan mereka minta menderma baju. Rakyat mereka derma baju yang tak layak dipakai lagi...berkoyak-koyak!!! Inilah nilai moral rakyat Singapura, so tak hairan kalau mereka mendapat tempat pertama membunuh diri.. Kejadian bunuh diri mencatat angka tertinggi pada tahun lalu dengan 487 kes berikutan semakin ramai orang muda mengalami tekanan dan gagal dalam perhubungan yang menyebabkan mereka bertindak menamatkan nyawa sendiri. Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 29 peratus berbanding tahun 2011. Ia turut menyaksikan peningkatan sebanyak 80 peratus ke atas mangsa berusia 20 hingga 29 tahun, jelas sebuah badan buka...