Teguran Untuk Tabung Haji
Kerani TH dipenjara 4 tahun, denda RM40,000 Seorang kerani Lembaga Tabung Haji (TH) dihukum penjara empat tahun dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah menerima rasuah menolong 27 jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji, mengerjakan ibadah itu pada 2010. Hakim Mat Ghani Abdullah memutuskan hukuman itu terhadap Roslan Mohamed Som, 49, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan. Selain Roslan, seorang lagi tertuduh, juruanalisis sistem Jabatan Teknologi Maklumat TH, Afizul Md Yasin, 36, turut dikenakan penjara tiga tahun dan denda RM60,000 oleh mahkamah sama selepas didapati bersalah membuat pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji. Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa hari ini dan sekiranya mereka gagal membayar denda itu, Roslan dan Afizul masing-masing boleh dipenjara 16 bulan dan lapan bulan. Bagaima...