Kisah Sedih - Dakwah Rasulullah Saw Ke Taif
Usaha dakwah Rasulullah saw mengajak penduduk Mekah kepada aqidah dan ajaran Islam sudah maksima. Boleh dikatakan semua penduduk Mekah sudah di dekati dan diberi peluang mendengar seruan Baginda. Rasulullah saw dan para sahabat mendekati mereka dengan membacakan Al-Quran, berhujjah atau diperlihatkan mukjizat - bukti kebenaran Baginda saw sebagai seorang Rasul. Seterusnya Rasulullah Saw mengalihkan tumpuan dakwahnya kepada kabilah-kabilah dari luar Mekah. Rasulullah berharap akan memperolehi penyokong-penyokong perjuangan dari luar Mekah. Maka, Rasulullah saw. mengambil keputusan untuk berdakwah di Taif kerana Taif paling berdekatan dengan Mekah. Jaraknya hanya 80km. Taif terletak di bahagian tenggara Mekah. Kabilah Tsaqif menghuni Taif sejak beberapa lama. Baginda mengharapkan agar Bani Tsaqif dapat menerima seruan dakwah dan membantu Baginda kerana kedudukan B ani Tsaqif yang paling hampir dengan kota Mekah. Selain daripada itu, Ba ginda juga mempunyai hub...