Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DYANA SOFYA

Dyana Sofya Umum Tinggalkan DAP?

Imej
Tunku Abdul Aziz Ibrahim (gambar) berkata beliau membuat ramalan itu berdasarkan pengalaman sendiri ketika bersama DAP. Beliau menyertai parti itu pada Ogos 2008 dan meletak jawatan pada Mei 2012. Tunku Abdul Aziz berkata beliau percaya Dyana Sofya, 27, menganggotai DAP kerana yakin ia sebuah parti pelbagai kaum. "Jika kelak beliau mendapati ia bukan parti pelbagai kaum, terserahlah kepadanya (untuk meninggalkan parti itu). Beliau menyertai DAP kerana mempunyai kepercayaan penuh terhadap parti itu," kata Tunku Abdul Aziz. Dyana Sofya tewas dengan 238 undi kepada presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53, daripada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingaan satu lawan satu bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan. Pada pilihan raya umum lepas, DAP memenangi kerusi itu dengan lebih 7,000 undi. Ditanya sama ada perjalanan Dyana Sofya dalam DAP sama seperti laluan yang ditempuhinya, Tunku Abdul Aziz berkata beliau dijemput menyertai parti itu bukan untuk diberi kedudukan at...

Ikuti Tulisan Orang Yang Membawa Dyana Sofya Ke Dunia Politik

Pak Lang menitipkan di bawah tulisan Pak Aspan Alias mengenai wajah politik baru Malaysia. Semoga ada pencerahan untuk minda kita semua rakyat yang hidup di negara berbilang bangsa ini. Bacalah sumbernya di sini . Dyana, calon dan anak yang baik, tidak rugi mengundi beliau Penyertaan Dyana Daud, sebagai calon DAP dalam pilihanraya Telok Intan memberikan banyak kesimpulan yang jelas. Saya adalah orangnya yang membawa Dyana hampir dan akhirnya menjadi calon DAP dan saya begitu bangga dengan kehadiran beliau dalam arena politik negara. Saya begitu rapat dengan ibu dan bapanya dan saya hampir secara peribadi mengenali dengan Dyana sejak Dyana masih dalam buaian lagi. Daud, bapanya, serta ibunya Yammi Samat adalah sahabat keluarga dan tidak pernah berpecah kerana keikhlasan keluarga ini bersahabat dengan keluarga saya. Saya begitu bersukacita dengan pencalonan beliau itu kerana beliau mungkin dapat membersihkan nama DAP sebagai parti hanya untuk kaum Cina, malahan salah...

Biodata Dyana Sofya - Wanita Melayu Pertama Jadi Setiausaha Lim Kit Siang

Imej
Inilah selera generasi muda Malaysia dalam politik. Mereka memilih jalan yang lebih mencabar dan dilihat bertentangan dengan 'arus perdana Melayu'. Dyana Sofya seorang gadis Melayu yang juga seorang peguam tampil menggugat persepsi umum orang Melayu terhadap DAP - sebuah parti yang didominasi oleh kaum Cina.  Semenangnya langkah Dyana mengundang kontroversi tetapi DAP telah berjaya meraih simpati dan sokongan yang tidak sedikit dalam isu Dyana ini. Imej DAP melonjak jauh di depan berbanding semua parti politik yang ada di Malaysia. Kita akan lihat kenyataan ini dalam keputusan pilihanraya Parlimen Teluk Intan nanti....            Biodata Dyana Sofya, wanita melayu pertama jadi setiausaha Lim Kit Siang - Sejak penyebaran sekeping foto palsu Dyana Sofya yang dikatakan hanya berbikini bersama beberapa rakan lain di kolam renang, beliau telah menerima kecaman teruk dari masyarakat. Ternyata ianya adalah fitnah kerana gambar sebenar...

Kenapa DAP letak wanita Melayu sebagai calonnya di PRK Teluk Intan?

Imej
Dap mendedahkan strategi pemilihan Dyana Sofya sebagai calonnya di PRK teluk Intan. Jika menang, Dyana akan menjadi ahli parlimen termuda di dalam parlimen negara Malaysia. Ini semua bukanlah suatu yang kebetulan. Ianya perancangan strategik DAP yang mahu mengunguli carta politik tanah air. Selepas ini, mana-mana parti politik yang memilih orang muda - jika mahu mengalahkan rekod DAP - mestilah mencari calon di bawah usia 27 tahun.  Apa pun DAp tetap menjadi pelopor dalam soal ini dan tidak ada siapa boleh mendakwa dia tidak meniru DAP!! Ya! inilah yang orang Melayu kena faham bagaimana cekapnya 'otak bisnes' orang Cina. Mereka mampu mengkaji 'pasaran'' dan memasarkan produk' yang dicari-cari dalam pasaran politik negara masa kini. Lihat video ini...