Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEHILANGAN MH370 - KONSPIRASI

Laporan Interim MH370 Pelik, Tidak Pernah Berlaku - Tun M

Imej
PUTRAJAYA:  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut. Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai. "Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini. "Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan, pada Ahad. Dr Mahathir ditemui selepas berakhir 'International Conference On The New W...

Bongkar!! Kacau Bilau 4 Jam Pertama Semasa Kehilangan MH370 Didedahkan.

Imej
Episod kehilangan MH370 pastinya masih belum berakhir. Isu yang melilit misteri kehilangannya begitu rumit. Sukar untuk ditelah dan dikenal pasti. Tanpa ditemukan pesawat malang itu, situasi ini akan terus menerus mencabar kesabaran ahli keluarga mangsa terbabit. Ianya ibarat tujahan anak panah dari pelbagai negara terhadap kepimpinan negara kita kerana wujudnya pelbagai latar belakang dan kewarganegaraan di dalam pesawat berkenaan.    Pada masyarakat umum, walau apa pun yang berlaku simpati terhadap keluarga mangsa akan terus wujud. Riak respon masyarakat bergantung sejauh mana kepuasan hati mereka menerima penjelasan yang diberikan.  Inilah cabaran berat Dato Sri Hishamuddin selaku Pemangku Menteri Pengangkutan dan juga Menteri Pertahanan. Keluarga mangsa akan terus menanti dan menunggu jawapan bagi misteri ini. Kemarahan mereka tidak boleh dibendung sementelahan jika mereka mendapati ada hal yang cuba dirahsiakan... Ikuti paparan berikut dari blog ADDIN ...

Sijil Kematian Untuk Mereka Yang Di Dalam Pesawat MH370 - Mahu Tutup Kes?

Imej
MH370: KELUAR SIJIL KEMATIAN, KERAJAAN MAHU TUTUP KES? | Meskipun belum ada sebarang bukti serpihan pesawat MH370 dan cebisan mayat penumpangnya ditemui sehingga ini, kerajaan dilaporkan sudah mahu mengeluarkan sijil kematian iaitu pengesahan rasmi bahawa kesemua mereka ditakrifkan sudah meninggal dunia. Bagi penulis Shahbudin Husin, jika misi pencarian masih diteruskan dan skalanya pula berubah ke kawasan lain serta lebih banyak aset mungkin digunakan, mengapakah begitu cepat kerajaan mahu mengeluarkan sijil kematian. Beliau juga bertanya apakah ini menandakan misi pencarian akan ditamatkan dan kes akhirnya akan ditutup dengan cara membayar sejumlah wang pampasan kepada waris mangsa. “Apakah wang benar-benar cukup bernilai kepada waris mangsa berbanding ahli keluarga yang masih belum diketahui nasibnya itu?” tulis beliau di dalam blognya, sebagai mana di bawah. Meskipun belum ada sebarang bukti serpihan pesawat MH370 dan cebisan mayat penumpangnya ditemui sehingga ini, kerajaan ...

MH370 - Apakah Ianya Satu Komplot?

Imej
MH370: ISTERI PRAMUGARA LUAH PERASAAN, YAKIN INSIDEN SATU KOMPLOT | KUALA LUMPUR: Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram. Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.  “Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya. Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan “masih ada” dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang. Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang b...

Amerika Tembak Jatuh MH370, Dakwa Penulis Kanada

Imej
GREENBOC 22 aPR 2014   Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya.   Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan: "Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut? Dakwanya lagi lagi, tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi. Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku. "Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun jika ...

MH370: 37 Hari Yang Kosong - Pencarian Yang Kabur Dan Timbulnya Bermacam Teori

MH370: 37 hari, 0 penemuan setakat ini ,,,,,,, SINAR HARIAN RISWANDI RAZAK, NORAWAZNI YUSOF & NURULFATIHA MUAH 13 April 2014 HARI ini genap 37 hari pesawat MH370 hilang sejak 8 Mac lalu dan tumpuan kini terarah kepada pencarian kotak hitam pesawat tersebut di selatan Lautan Hindi. Misi utama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) adalah mengambil data dari kotak hitam pesawat untuk merungkai misteri kehilangan pesawat MAS ini. Bagi yang mengikuti perkembangan, pastinya itulah persoalan akan sentiasa bermain di minda mereka. Begitu pun sehingga kini ia masih lagi menjadi tanda tanya kerana misi mencari kotak hitam akan berdepan pelbagai kesukaran memandangkan situasi Lautan Hindi yang misteri. Laut Hindi sukar ditawan Kedalaman Lautan Hindi mencecah hampir 7,000 meter (m) di sesetengah kawasan, pasti akan memberi cabaran besar kepada usaha mencari serpihan dan kotak hitam itu. Lautan ketiga terbesar di dunia dan terkenal dengan jolokan The Lonely Ocean itu terlalu dalam. Ia ...

MH370 - CIA Tahu Hal Sebenar?

Imej
  Seorang tentera Australia melakukan misi pencarian melalui udara menggunakan helikopter Tiger 75, S-70B-2 Seahawk.  Foto EPA WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370. Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam. “Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya. Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu. “Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya. Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini. “Sesuatu tidak...

MH370 - USA dan Dollar (Satu Lagi Teori Konspirasi)

Imej
Ini satu tulisan yang agak berat untuk dibaca oleh remaja. Tapi bagi yang berminat topik ini silalah membacanya. Semoga ada manfaatnya... Tulisan berikut adalah buah fikiran penulisnya sendiri. Ianya tidak menggambarkan pendirian suaramuhajirin313. KLIK SUMBER Wednesday, March 19, 2014 MH370 - USA dan Dollar Oleh : Imran Haaz Bismillahir Rahmanir Raheem.. 3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini. Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan. Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini. Ketiga, meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan Berjaya diruntuhkan sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika ...

MH370 - Satu Lagi Teori Konspirasi Yang Menarik

Imej
Paparan berikut, Pak Lang ambil dari satu blog yang baru ditemui iaitu Blog DarahSatria.Blogspot. Isinya menarik dan penuh dengan maklumat sumber yang berbagai. semoga ianya berupaya memberi pencerahan kepada kita semua. Untuk makluman, tulisan di bawah ini paparkan pada Thursday, 13 March 2014. Mungkin sudah lama tetapi ianya ditulis sebaik isu MH370 ini sedang sangat heboh diperkatakan.  Jadi bacalah... SILA KLIK UN TUK SUMBER Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370    Kecoh seluruh dunia ,mengenai sebuah pesawat MAS yang dikesan telah hilang dari radar.   Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014. MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. senarai nama penumpan...

Kata Raja Bomoh: "MH370 Ada Berhampiran 3 Pulau!!

Imej
Raja Bomoh Akan Ke Australia, Cari MH370   [Suara TV] Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin berkata, beliau akan berangkat ke Australia bagi membantu misi mencari pesawat MH370 yang hilang baru-baru ini. Beliau yang ditemui petang tadi menegaskan, ia adalah merupakan sebahagian daripada usaha yang ingin dilakukan agar semua penumpang di dalam pesawat yang hilang itu dapat ditemui. “Dalam teropong saya di atas gelap dan gelita (ritual yang dilakukan sebelum ini), berkelip-kelip. Dia ada menghampiri 3 pulau. Pulau itu saya tidak tahu di mana, tapi mengikut pandangan saya ia (mungkin) berada di Australia atau US. “Saya telah usaha pergi ke Pulau Sembilan, (bersama peralatan) kerantong, buluh dan (melakukan) azan. Masa saya tarik buluh itu (ketika ritual dilakukan) tiada ada balasan, (contohnya) seperti menarik besi berani (magnet), sekiranya ada di laut (kebiasaannya saya dapat merasakan seperti ada tarikan),” jelasnya. Ibrahim berkata, menurut pa...

Adakah Pesawat MH370 Hilang Atau Dihilangkan?

Imej
Datuk Mahfuz Omar menyebut kemungkinan MH370 dihilangkan? Inilah antara isu yang sudah mula diperkatakan sehari dua ini. Sukar bagi sesiapa pun hendak menjelaskan. Semua terpusat kepada Perdana Menteri! Apa yang kita boleh bantu negara dalam situasi begini selain terus berdoa? HARAKAH DAILY - APR 04, 2014 MUHAMMAD FAIZAL   ALOR SETAR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat berikutan kehilangan pesawat MAS MH370 pada 8 Mac lalu adakah disebabkan penglibatan kuasa-kuasa besar dunia yang sedang mencatur politik mereka. Katanya, kerajaan tidak perlu menunggu penemuan kotak hitam untuk membuat sebarang pengumuman. "Saya pasti kerajaan sudah tahu hal yang sebenar di sebalik kejadian tersebut dan siapa berada dalam insiden ini," jelasnya. Kata beliau lagi, selepas peristiwa 911 satu pendedahan dilakukan dan mengesahkan penglibatan Amerika dalam kejadian tersebut. "Kalau 911 Amerika terlibat dan adakah insiden MH370 ini j...

Pendedahan Mengejutkan,,,Analisis Muktahir MH370 : Segalanya Sudah Diketahui?

Imej
Berikut adalah berita terkini daripada SUMBER INI. Bacalah 16 persoalan berkaitan kehilangan MH370 menurut seorang yang berpengalaman. Written By canang on Jumaat, 4 April 2014 | 4/04/2014 02:45:00 PTG   Akhirnya, segala analisis dan pengalaman Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain membawa kita kepada kunci jawapan terhadap misteri kehilangan MH370 yang sudah menghampiri sebulan lamanya. Sama ada kita suka atau tidak - beliau telah bercakap benar dan jujur, sekali gus melenyapkan seluruh teori berkenaan dakwaan bahawa pesawat MH370 mengalami masalah teknikal atau kerosakan. Pada peringkat awal kehilangan MH370 - dengan segala data dan bukti yang ada dalam tempoh seminggu sejak peristiwa kehilangan pesawat ini berlaku, Datuk Kapten Nik Huzlan telah membuat beberapa kesimpulan yang lain daripada pakar-pakar penerbangan paparkan. Beliau seolah-olah lebih cederung mengaitkan kehilangan MH370 dengan perbuatan "yang tidak bertanggungjawab" yang dilakukan secara sangat rapi dan...

MH370 - Satu Lagi Teori Konspirasi Yang Perlu Kita Tahu

Imej
Paparan di bawah diambil daripada Facebook ALFAEDAH  Tajuk asal: PESAWAT MH370: 'RED FLAG' ATAU 'FALSE FLAG'?   (Apa yang dipaparkan ini merupakan pandangan peribadi penulisnya. Ianya dipaparkan di suaramuhajirin313 ini untuk kita menilai dan mengkaji sendiri apa yang diperkatakannya. Adalah wajar untuk kita mengetahui percaturan musuh terhadap negara dan umat Islam. Kita sedang meraba-raba mencari sesuatu yang sangat kabur sedangkan mungkin orang lain sedang menayangkan 'filem' yang memang mereka sudah rencanakan sejak awal? Semoga kita semua ditemukan akhirnya dengan kebenaran yang hakikatnya daripada Tuhan yang maha mengetahui).   March 10, 2014 at 11:44am 1. MUQADDIMAH Lihatlah insiden MH370 dengan pandangan matahati. Jangan terbuai dengan naratif huru-hara yang sedang disogokkan kepada anda supaya anda tidak melihat percaturan sebenarnya. Anda sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang tersembunyi dan sangat pakar dalam operasi false flag. Saya sudah...