Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PERISTIWA PELIK DAN ANIH

Pengalaman Ngeri Rakyat Malaysia Di Segitiga Bermuda

Imej
Pak Lang masih di sekitar Jawa Tengah - tepatnya sedang berada di Daerah Istimewa Yogjakarta. Sekadar mahu menyambut hasrat Dato Pengeran Tengku Abdul Rahman Umar yang mahukan Pak Lang menziarahi keluarga mertuanya. Mereka suami isteri sudah 2 tahun menetap di Yogjakarta. Namanya Bapak Suharto - persis nama bekas Presiden Indonesia. Orangnya masih segak walaupun pernah kena serangan stroke. Sementara Pak Lang menuliskan bahan lawatan dan ziarah Pak Lang di Sumatera dan Jawa, blog ini akan terus menghidangkan bahan bersesuaian. Kali ini bacalah kisah pelik dan anih yang berlaku pada rakyat Malaysia. Kisah pelik sebegini perlu kita ketahui kerana banyak perkara pelik yang akan kita tempuh. Bersedialah!! ____________________________ Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik Malaysia Selendang Ayu. Hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian...