Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PELASTIN

Gaza: Khaled Meshaal Gesa Umat Islam Tunjuk Solidariti

Imej
GAZA: Hamas mengingatkan umat Islam tidak hanya berpeluk tubuh dengan sekadar melihat apa yang dilakukan tentera zionis Isreal kepada rakyat Palestin ketika ini. Ketua Biro Politik Hamas Khaled Meshaal berkata, negara-negara Arab dan Islam khususnya Mesir digesa berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang dibunuh. "Ramadan sentiasa menjadi bulan kemenangan kepada orang Islam. "Ramadan 1973 menyaksikan hari kemenangan bagi rakyat Mesir dan tentera mereka ke atas Israel. Kami mahu sokongan anada," katanya dalam satu temubual di televisyen di Qatar, Doha. Beliau turut menyalahkan negara Yahudi tersebut sebagai memulakan pencerobohan. "Rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri," kata Meshaal. Sejak Isnin lalu, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Palestin dan menyebabkan lebih 53 syahid termasuk wanita dan kanak-kanak. Aktivis mendakwa tentera rejim menggunakan senjata pemusnah yang dilarang pihak ...

Keberanian Ahed Tamimi - Kanak-kanak Pelastin Berdepan Tentera Israel

Imej
Sila lihat video di bawah ini yang memaparkan 3 orang anak Pelastin melawan tentera Israel. Ahed Tamimi adalah anak yang paling banyak beraksi dan bercakap. Beraninya luar biasa jika diukur pada usianya dan betapa dia sedang berdepan tentera Israel yang lengkap bersenjata. Seolah-olah mereka juga siap untuk menerima apa saja risiko. Mati pun mereka sanggup. ”Saya tidak takut langsung dengan mereka (tentera Israel). Saya nak tunjukkan keberanian rakyat Palestin!,” katanya sambil tak putus-putus menujukkan simbol kemenangan di jarinya.  Pak Lang tertarik menonton video rakaman ini kerana ianya menggambarkan situasi sebenar di bumi Pelastin. Tiga orang anak Pelastin yang berani ini menampakkan kebencian yang teramat sangat terhadap pengganas dan penceroboh tanah air mereka iaitu Israel.  Umat Islam di seluruh dunia hanya mampu berkata, "Kasihan mereka!!" Soalnya, Adakah anak Melayu seberani mereka? http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=E4...