Unsur Babi Dalam Perubatan - Apa pendirian Kita?
Bacalah artikel berikut. Semoga memberi pencerahan kepada kita. Artikel ini dipaparkan pada November 9, 2009 oleh abidfana - Pak Lang kutip dan paparkan di blog ini kerana ianya dirasakan relevan dengan isu DNA babi yang heboh diperkatakan sekarang. Vaksin H1N1 (Swine Flu/Selsema Babi): Halal atau Haram? KLIK SUMBER Sejak bulan lepas, program vaksin virus H1N1 telah dimulakan di kebanyakan tempat di seluruh dunia. Di United Kingdom, progam vaksin tersebut telah dimulakan sejak 21 Oktober 2009 dengan keutamaan diberikan kepada pekerja-pekerja barisan hadapan hospital seperti doktor, jururawat, pemandu ambulans, paramedik dan lain-lain. Selain itu, kumpulan berisiko tinggi seperti perempuan yang sedang mengandung juga telah dihubungi oleh GP tertentu untuk ditawarkan dengan program tersebut. Tidak ditinggalkan, pelajar perubatan. Di UK, dua syarikat farmasi telah mendapat kontrak untuk membekalkan vaksin tersebut, iaitu Glaxo Smith Kline (GSK) dan Baxter. Panduan NHS menyata...