Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BLOG AKU MANTANBLOGGER

Hanya Kepada Mu, Kami Berserah..

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ! Aku menulis semula.. Saat ini rakyat Malaysia, khususnya di Pantai Timur sedang berhadapan dengan musibah banjir yang besar. Bukan tahun ini sahaja, tapi saban tahun kejadian banjir berlaku di kawasan tersebut. Ada tiga buah negeri di Pantai Timur yang sinonim dengan banjir. Iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Namun banjir di penghujung tahun 2014 ini, dirasakan lebih besar impaknya dari tahun-tahun yang lalu. Lebih 'mengganas'. Walau pun angka kemalangan jiwanya tidaklah sebesar mana, tapi berita yang disampaikan melalui media-media massa, sangat meruntunkan jiwa dan perasaan kita semua. Berat mata memandang (telinga yang mendengar), berat lagilah bahu yang memikul. > Sempat dikongsikan mesej melalui aplikasi 'WhatsApp', oleh seorang doktor yang bertugas di Hospital Kuala Krai. Bertugas dalam keadaan bergelap kerana terputus bekalan elektrik. Sedangkan cahaya mampu dan bahkan kuasa ele...